FGV Annual Report 2013
MEMPERCEPATKAN PENAMBAHBAIKAN Cabaran terbesar di hadapan kami adalah untuk menumpukan seluruh tenaga untuk merealisasi aspirasi Pelan Induk Strategik Global kami. Jika Kumpulan ingin menempatkan diri dalam kalangan 10 syarikat terbaik global dalam tempoh tujuh tahun akan datang dan mengembangkan perniagaannya lapan kali ganda, ia perlu menjadi lebih agresif dan mempercepatkan penambahbaikannya. Ketika kita melangkah masuk ke tahun 2014, kami telah merangka dengan jelas strategi untuk mencapai sasaran yang kami tetapkan dari tahun ke tahun. Kepentingan CEO. Di bawah Program Kecemerlangan Prestasi kami sedang membentuk semula Kumpulan dengan memberi fokus terhadap Penambahbaikan Operasi, Prestasi Tinggi dan Pengoptimuman Portfolio. Bidang kepentingan saya sendiri adalah bidang yang memberi kesan paling ketara terhadap prestasi perniagaan Kumpulan, iaitu, disiplin belanjawan, pengurusan kos huluan dan produktiviti, pertumbuhan melalui penggabungan dan pengambilalihan, pembangunan perdagangan dan strategi negara dan pengenalan struktur organisasi berasaskan matriks bagi mendorong kecekapan dan produktiviti. Melalui pelbagai projek transformasi yang dijalankan serentak, kad skor akan membantu memanfaatkan peluang peningkatan prestasi dan ini akan diserapkan ke dalam setiap pasukan kepimpinan. Kumpulan juga telah memberi nafas baharu kepada Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) yang mana peranan utamanya adalah untuk meningkatkan keputusan dengan menjejaki kemajuan berbanding sasaran awal dan hasil. TMO juga akan bekerjasama erat dengan pemilik perniagaan dan penggerak inisiatif bagi menyelesaikan isu-isu kritikal dan menyediakan sokongan kepada bidang yang memerlukan tindakan pembetulan. Penambahbaikan Operasi. Dari sudut operasi, kami meneliti beberapa bidang utama yang mempunyai impak besar terhadap keuntungan. Dalam pengurusan kos huluan, kami menerima pakai amalan pengurusan terbaik, mewujudkan kad skor peringkat ladang, mempertingkatkan kemampuan penggredan dan mengoptimumkan rangkaian kilang kami yang luas. Bidang lain turut meliputi perdagangan, strategi pemerolehan dan penentuan harga dan memaksimumkan potensi keupayaan R&D kami. Prestasi tinggi. Dalam proses transformasi kami yang berterusan untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi (HPO), kami berusaha menyemai budaya di mana petunjuk prestasi utama (KPI) menjadi juzuk penting sebagai gaya hidup di tempat kerja. Kami perlu memperketatkan disiplin bajet yang berkaitan dengan KPI dan petunjuk utama lain yang sejajar dengan wawasan dan halatuju Kumpulan. Pada tempoh masa yang tetap, prestasi Kumpulan perlu diukur bukan sahaja berbanding syarikat setara lain dengannya tetapi dibandingkan dengan yang terbaik di dalam kelasnya untuk mencapai kelebihan daya saingan. Untuk mendorong budaya prestasi tinggi, struktur organisasi berasaskan matriks juga akan diperkenalkan, yang berbeza daripada hierarki fungsi lazim, yang membenarkan kakitangan keluar daripada zon biasa mereka, bekerja di luar fungsi dan struktur produk. Modal insanlah yang mendorong organisasi dan keupayaan Kumpulan untuk menjadi sebuah HPO bergantung kepada pengetahuan, kemampuandankomitmenmodalinsannya.Kamiinginmenjenamakan FGV sebagai majikan pilihan untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik yang ada di pasaran. Di samping menambahbaik proses pengambilan, kami juga sedang memperhalusi Sistem Pengurusan Prestasi Kupulan yang akan menghubungkan ganjaran dengan prestasi. Inisiatif modal insan yang lain adalah Program Pengurusan Bakat kami yang bermatlamat untuk mengenalpasti bakat terbaik di peringkat pertengahan dan pemimpin bagi memastikan bakat yang terbaik menyandang jawatan tertentu. Mengoptimumkan portfolio. Penekanan yang lebih besar akan diberi untuk menguruskan portfolio aset kami. Kumpulan memberi keutamaan kepada usaha untuk membina keteguhan termasuk berusaha mencapai pertumbuhan melalui penggabungan dan pengambilalihan. Pendekatan kami adalah mengambil kesempatan terbaik daripada perjanjian dalam perniagaan bermargin tinggi dan berpertumbuhan tinggi. Pengembangan dari segi geografi terus menjadi aspek penting dalam strategi pertumbuhan kami. Strategi mengikut pasaran negara sedang dibangunkan untuk membolehkan Kumpulan menyampaikan keunikan nilai perniagaannya kepada pasaran sasarannya, seperti Myanmar, Kemboja, Indonesia dan lain- lain negara di Asia Tenggara. Bagi mendapat manfaat terbaik daripada aset sedia ada, kami sedang mengenalpasti beberapa pasaran baharu untuk memaksimumkan produktiviti. Aset tidak berprestasi akan dipulihkan, sementara aset bukan teras tertentu yang tidak lagi strategik kepada model perniagaan Kumpulan akan dilupuskan. Pada masa yang sama, kami sedang mewujudkan pusat keuntungan baharu dan memajukan aliran hasil yang baharu. Felda Global Ventures Holdings Berhad 43
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=