FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 411 25 BAYARAN PAJAKAN TERDAHULU Bayaran pajakan terdahulu adalah pembayaran bagi hak untuk menggunakan yang berikut: Tanah pegangan pajakan 2013 2012 RM’000 RM’000 Kos Pada 1 Januari 925 925 Pengambilalihan anak-anak syarikat 40,404 - 31 Disember 41,329 925 Pelunasan terkumpul Pada 1 Januari 210 140 Pelunasan 150 70 Pada 31 Disember 360 210 Nilai buku bersih 40,969 715 Pada 31 Disember 2013, jumlah bawa bayaran tanah pajakan terdahulu tanpa hak milik adalah RM20,392,000 (2012: RM tiada). 26 PINJAMAN BELUM TERIMA DARIPADA SYARIKAT BERKAITAN Kumpulan 2013 2012 RM’000 RM’000 Semasa: Nota janji 28,869 10,458 Tolak: Peruntukan rosot nilai (28,869) (10,458) - - Bukan semasa: Nota janji - 16,494 Tolak: Peruntukan rosot nilai - (16,494) - - Jumlah - - Pinjaman belum terima daripada syarikat berkaitan, Felda Iffco Inc. (“FINA”), anak syarikat usahasama, FISB, didenominasi dalam Dolar AS, tidak bercagar, dicaj pada biaya pasaran 8% (2012: 8%) setahun dan perlu dibayar balik dalam lima ansuran tahunan sebanyak RM9,309,000 bermula pada 30 Disember 2010. Pada 2012, FINA memaklumkan Kumpulan mengenai kedudukan kewangan semasanya dan meminta terma nota janji diubahsuai dengan membenarkan FINA untuk menunda bayaran yang sepatutnya dibuat pada 30 Disember 2012 hingga 31 Disember 2013 dan melanjutkan tempoh asal bayaran nota janji dengan tambahan satu tahun. Pada 14 Januari 2013, Kumpulan telah bersetuju dengan pindaan ini. Pada 14 Januari 2014, FISBmemaklumkan kepada Kumpulan bahawa ia telahmemeterai perjanjian pembelian stok untuk menjual FINA kepada pihak ketiga. Sebagai sebahagian daripada terma perjanjian pembelian stok tersebut yang dilaksanakan pada 31 Januari 2014, nota janji tersebut akan dijelaskan sepenuhnya. Pada 31 Disember 2013 dan pada 31 Disember 2012, pinjaman belum terima daripada syarikat berkaitan telah mengalami kemerosotan dan diperuntukkan sepenuhnya disebabkan oleh kekangan kewangan yang dihadapi oleh FINA dan kemungkinan yang rendah untuk menjana aliran tunai yang mencukupi bagi membolehkan pembayaran balik pada tahun-tahun akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=