FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 410 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 24 KEPENTINGAN DALAM USAHASAMA (Samb.) Kerugian rosot nilai pelaburan dalam usahasama (a) Felda Iffco Sdn. Bhd. (“FISB”) Pada 31 Disember 2013, pelaburan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama, FISB telah diuji bagi rosot nilai disebabkan oleh kerugian berterusan yang ditanggung, yang merupakan satu penilaian bagi semula ujian rosot nilai yang dijalankan pada 2012. Pelaburan dalam FISB dirangkumkan ke dalam segmen Hiliran. Penilaian rosot nilai memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam FISB. Jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam FISB dikira menggunakan nilai saksama tolak kos untuk menjual (2012: nilai saksama tolak kos untuk menjual) berasaskan unjuran aliran tunai bagi CGU dalam Kumpulan FISB, yang dijangka dibahagikan kepada pemegang ekuiti. Andaian penting yang digunakan untuk menentukan jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam FISB adalah seperti berikut: 2013 2012 - Margin kasar 1.3% - 11.5% 1.6% - 9.5% - Kadar pertumbuhan nilai terminal 2.5% - 5% 3% - 5% - Kadar diskaun 11% - 16% 9% - 16% Hasil penilaian rosot nilai, Kumpulan telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM43,657,000 (2012:RM10,300,000) yang dicatatkan unyung atau rugi bagi pelaburan dalam entiti kawalan bersama. Berasaskan analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Kumpulan, kesan peningkatan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting akanmenyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM12,281,000 (2012: RM27,286,000). Pengurangan 1% dalam kadar pertumbuhan nilai terminal akan menyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM7,741,000 (2012: RM22,781,000). (b) Trurich Resources Sdn. Bhd. (“Trurich”) Pada 31 Disember 2013, pelaburan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama, Trurich telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula pelaburan dalam Trurich. Jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam Trurich dikira menggunakan nilai saksama tolak kaedah kos untuk menjual berdasarkan kepada sembilan (9) tahun campur nilai terminal (2012: unjuran aliran tunai dua puluh lima tahun) selaras dengan kitaran salah satu ladang kelapa sawit yang dijangka akan diagihkan kepada pemegang ekuiti. Andaian utama yang digunakan untuk menentukan jumlah boleh diperoleh semula pelaburan dalam Trurich adalah seperti berikut: 2013 2012 Margin kasar 10% - 62% 29% - 46% Kadar pertumbuhan terminal 4.5% - Kadar diskaun 15% 10% Hasil penilaian rosot nilai, tiada rosot nilai yang diiktiraf (2012: Tiada) sebagai jumlah boleh diperoleh semula CGU yang melebihi jumlah bawaan. Pihak Pengurusan percaya bahawa tiada kemungkinan perubahan akan berlaku dalam sebarang andaian penting di atas yang akan menyebabkan jumlah bawaan CGU melebihi jumlah boleh diperoleh semula.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=