FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 397 22 PELABURAN DALAM ANAK SYARIKAT (Samb.) (d) Perbadanan, pengambilalihan dan pembubaran anak syarikat pada tahun kewangan lepas (Samb.) ® Pada 20 Jun 2012, Twin Rivers Technologies Holdings Inc (“TRT Holdings”) telah memindahkan 100% kepentingan ekuiti yang mewakili 6,882 saham biasa dalam Twin Rivers Technologies Holdings Enterprises de Transformation de Graines Oleagineuses Inc (“TRT Holdings ETGO Inc”) kepada FGVNA dengan pertimbangan tunai CAD1.00. ¥ Pada 20 Jun 2012, Twin Rivers Technologies US Inc (“TRT US”) telah bergabung ke dalam TRT Holdings. Berikutan penggabungan tersebut, pegangan saham FGVNA dalam TRT Holdings, yang merupakan 117,646 Stok Biasa Kelas A dan 80,000 stok biasa Kelas B telah ditukar kepada stok biasa satu kelas. Ω Pada 25 September 2012, Syarikat telah mengambilalih 100% kepentingan ekuiti dalamRias Simfoni Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, dengan pertimbangan tunai sebanyak RM2. Pada 10 Oktober 2012, Syarikat telah menukar namanya kepada Felda Global Ventures Research & Development Sdn. Bhd. (“FGV R&D”). Tiada kesan kewangan yang timbul kerana syarikat tersebut tidak aktif. € Pada tahun kewangan lepas, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn. Bhd. (“FGVK”), anak syarikat kepada Syarikat, memeterai perjanjian untuk mengambil alih 95% kepentingan dalam PT. Citra Niaga Perkasa daripada Joko Sintrajaya dengan pertimbangan berjumlah RM16,500,000, yang akan diselesaikan apabila menerima kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan di Indonesia. Pengambilalihan tersebut telah diselesaikan pada 27 Februari 2012. Kesan pengambilalihan PT. Citra Niaga Perkasa boleh diringkaskan seperti di bawah: Nilai bawa/ Nilai saksama RM’000 Aset tidak nyata (Nota 21) 15,837 Tunai dan kesetaraan tunai 16 Belum terima 767 Belum bayar (85) Jumlah aset bersih diambilalih 16,535 Kepentingan pihak tidak mengawal (35) Nilai saksama aset bersih diambilalih (tolak kepentingan pihak tidak mengawal) 16,500 Pertimbangan pembelian (16,500) Muhibah daripada pengambilalihan - RM’000 Aliran keluar tunai daripada pengambilalihan adalah seperti berikut: Pertimbangan pembelian 16,500 Tolak: Pertimbangan tertunda (825) Tolak: Tunai dan kesetaraan tunai anak syarikat diambilalih (16) Aliran keluar tunai bersih daripada Kumpulan 15,659 Tolak: Deposit dibayar pada 2011 (5,775) Pengambilalihan anak syarikat, bersih aliran masuk tunai 9,884 Kesan pengambilalihan PT. Citra Niaga Perkasa ke atas keputusan Kumpulan pada tahun kewangan, jika pengambilalihan tersebut berlaku pada awal tahun kewangan ditunjukkan di bawah: RM’000 Perbelanjaan operasi (1,219) Kerugian selepas cukai (1,219)

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=