FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 396 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 22 PELABURAN DALAM ANAK SYARIKAT (Samb.) (c) Pengambilalihan loji penapisan biodiesel dan penyulingan gliserin (Samb.) Kesan pengambilalihan perniagaan ke atas keputusan kewangan Kumpulan pada tahun kewangan ditunjukkan di bawah: RM’000 Perolehan 46,687 Kos jualan (43,647) Keuntungan kasar 3,040 Pendapatan operasi lain 2,943 Perbelanjaan pentadbiran (4,978) Keuntungan sebelum cukai 1,005 Cukai 387 Keuntungan selepas cukai 1,392 Oleh kerana loji tersebut tidak aktif, tiada kesan jika pengambilalihan tersebut berlaku pada awal tahun kewangan. (d) Pengambilalihan Cambridge Nanosystems Limited (“CNL”) Pada 16 Disember 2013, FGVD telah memeterai Perjanjian Jual Beli (“SPA”) dengan para pemegang saham CNL untuk mengambil alih 70% kepentingan ekuiti dalam CNL dengan jumlah pertimbangan GBP 10.0 juta (RM54.13 juta). Pada 31 Disember 2013, Kumpulan telah membayar sebanyak GBP4 (RM22) dan memperoleh kawalan ke atas CNL. Baki pertimbangan pembelian akan dibayar apabila Mercutanda Teknikal dicapai seperti yang diisytihar dan disahkan oleh pihak ketiga bebas yang akan dilantik oleh Syarikat dan CNL. Pertimbangan luar jangka Mercutanda Teknikal tidak diiktiraf kerana kajian daya laksana masih belum dilakukan pada 31 Disember 2013. Pengurusan telah menjalankan peruntukan harga pembelian sementara (“PPA”) bagi pengambilalihan CNL dan kesannya tidak ketara terhadap Kumpulan. Kesan keputusan Kumpulan bagi tahun kewangan dan kesan sekiranya pengambilalihan berlaku pada awal tahun kewangan adalah tidak ketara. (d) Perbadanan, pengambilalihan dan pembubaran anak syarikat pada tahun kewangan lepas ∞ Pada 6 Januari 2012, Syarikat telah memperbadankan Felda Global Ventures Plantations Sdn. Bhd. (“FGV Plantations”), sebuah syarikat persendirian dengan liabiliti terhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. × Pada 6 Januari 2012, Syarikat telah memperbadankan Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (“FGV Downstream”), sebuah syarikat persendirian dengan liabiliti terhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. + Pada 6 Januari 2012, FGV Plantations telah memperbadankan Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd. (“FGVPM”), syarikat persendirian dengan liabiliti terhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. ≠ Pada 17 Februari 2012, Syarikat telah memperbadankan Pakatan Mastiara Sdn. Bhd., sebuah syarikat persendirian dengan liabiliti terhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. Pada 28 Mac 2012, syarikat tersebut telahmenukar namanya kepada Felda Global Ventures Shared Services Centre Sdn. Bhd. (“FGV SSC”). © Pada 12 April 2012, Syarikat telah memeterai Perjanjian Jual Beli dengan FGV Downstream, sebuah anak syarikat milik penuh, untuk melupuskan 100% kepentingannya dalam saham biasa dalam Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (“FGVNA”) untuk pertimbangan tunai berjumlah RM632,100,038, yang menghasilkan keuntungan daripada pelupusan sebanyak RM2,227,760 kepada Syarikat. Urus niaga ini telah diselesaikan pada 9 Mei 2012. • Pada 12 April 2012, Syarikat telah memeterai Perjanjian Jual beli dengan FGV Plantations, sebuah anak syarikat milik penuh, untuk melupuskan 100% kepentingan ekuitinya dalam saham biasa adalah Felda Global Ventures Kalimantan Sdn. Bhd. (“FGVK”) untuk pertimbangan tunai berjumlah RM188,583,121, yang menghasilkan kerugian daripada pelupusan sebanyak RM6,756,146 kepada Syarikat. Urus niaga ini telah diselesaikan pada 9 Mei 2012.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=