FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 378 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 19 HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (SAMB.) (b) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (samb.) (i) Keadaan pasaran yang kurang menggalakkan pada tahun kewangan dan kerugian berterusan yang dialami oleh sebuah anak syarikat, TRT ETGO, telah dikenal pasti sebagai petunjuk bagi ujian rosot nilai yang akan dijalankan ke atas hartanah, loji dan peralatan berkaitan dengan CGU bagi operasi perniagaan minyak makanan bertapis di Kanada. Jumlah CGU boleh diperoleh semula ditentukan berasaskan kepada pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual. Andaian utama yang digunakan utuk pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual bagi CGU seperti berikut: (a) Yuran pengetolan berdasarkan kepada purata anggaran kadar pertumbuhan kompaun tahunan lebih kurang 2% sepanjang tempoh Perjanjian Yuran Pengetolan. Asas yang digunakan adalah sejajar dengan Perjanjian Yuran Pengetolan bertarikh 9 Disember 2012 antara Bunge-ETGO L.P. dan TRT ETGO. (b) Kadar diskaun yang digunakan adalah 12.4% yang menggambarkan risiko khusus berkaitan dengan operasi perniagaan. (c) Nilai terminal adalah berdasarkan kepada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (“EBITDA”) pada kadar pertumbuhan 2% pada 2017. Berdasarkan kepada pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual, Kumpulan telah merosotkan nilai hartanah, loji dan peralatan sebanyak RM32,300,000 yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam kos jualan. Berdasarkan kepada analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Kumpulan, kesan peningkatan 1% pada kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian utama, akan mengakibatkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak RM30,737,000. (ii) Berikutan peningkatan dalam prestasi kewangan, satu penaksiran semula jumlah boleh diperoleh semula telah dibuat ke atas operasi perniagaan asid lelemak di AS. Taksiran tersebut memerlukan anggaran nilai dalam kegunaan CGU yang diperuntukkan kepada hartanah, loji dan peralatan dan aset tidak nyata berkaitan operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Nota 21. Ini menghasilkan pembalikan rosot nilai hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM15,497,000. (iii) Sebuah anak syarikat Kumpulan, Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. (“KGFP”) yang sebelumnya telah mencatatkan kerugian rosot nilai lebih kurang RM3,566,000 ke atas hartanah, loji dan peralatan tertentu berikutan amaun boleh diperoleh semula adalah di bawah nilai bawaan. Jumlah boleh diperoleh semula daripada aset-aset ini ditentukan dengan merujuk kepada nilai saksamanya tolak kos untuk menjual berasaskan kepada penilaian bebas oleh pihak luar dengan menggunakan kaedah perbandingan dengan merujuk kepada urus niaga semasa dan bukti jualan terkini. Pada 31 Disember 2012, sebahagian daripada hartanah, loji dan peralatan di atas yang telah dilupuskan adalah di atas nilai bawaan, menghasilkan pembalikan rosot nilai sebanyak RM529,000. (iv) Termasuk dalam hartanah, loji dan peralatan meliputi geran tertunda yang diberi oleh Investissement Quebec (“Penjamin”), sebuah agensi kerajaan wilayah Quebec berjumlah RM23,290,000. Di bawah terma perjanjian tersebut, Penjamin akan mengembalikan kepada TRT ETGO, 5% daripada kos yang ditanggung untuk membangun dan membina loji penghancur benih minyak di Becancour.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=