FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 377 19 HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (SAMB.) (a) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 (i) Penamatan usahasama dengan Bunge ETGO L.P. (Nota 15), keadaan pasaran yang kurang memberansangkan pada tahun kewangan ini dan kerugian berterusan dalam anak syarikat, TRT ETGO, telah dikenal pasti sebagai petunjuk bagi ujian rosot nilai yang akan dijalankan ke atas hartanah, loji dan peralatan berkaitan dengan CGU bagi operasi perniagaan minyak makanan bertapis di Kanada. Jumlah boleh diperoleh semula bagi CGU ditentu berdasarkan pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual menggunakan unjuran aliran tunai berasaskan kepada bajet kewangan yang diluluskan oleh para Pengarahmeliputi tempoh selama lima tahun dan menggunakan gandaan nilai terminal bagi pertumbuhan mampan jangka panjang yang dinyatakan di bawah. Andaian utama yang digunakan untuk pengiraan nilai saksama CGU tolak kos untuk menjual bagi CGU adalah seperti berikut: 2013 Margin kos 4.4% Kadar pertumbuhan nilai terminal 2% Kadar diskaun 13.25% (i) Margin kasar Asas yang digunakan untuk menentukan nilai yang ditetapkan kepada margin kasar yang dibajet adalah margin kasar purata yang diterima pada tahun kewangan sebaik sahaja sebelum tahun kewangan yang dibajet. Dilaraskan mengikut keadaan pasaran dan ekonomi, dan peningkatan kecekapan yang dijangka. (ii) Kadar pertumbuhan nilai terminal Kadar pertumbuhan terminal adalah hampir dengan kadar inflasi yang digunakan dan ini adalah sejajar dengan ramalan semasa keluaran dalam negara kasar (“KDNK”). (iii) Kadar diskaun Kadar diskaun yang digunakan adalah 13.25% iaitu kadar sebelum cukai dan menggambarkan risiko khusus berkaitan operasi perniagaan tersebut. Berdasarkan kepada pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual, Kumpulan telah merosotkan nilai hartanah, loji dan peralatan sebanyak RM40,000,000 yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam kos jualan. Berdasarkan kepada analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Kumpulan, kesan peningkatan 1%dalamkadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian utama, akan menghasilkan kerugian rosot nilai tambahan kira-kira RM36,700,000. (ii) Termasuk dalam hartanah, loji dan peralatan adalah aset di bawah geran daripada FELDA dan Investissement Quebac (“Penjamin”), sebuah agensi kerajaan wilayah Quebec bagi TRT ETGO masing-masing berjumlah RM13,730,000 dan RM23,390,000. Geran modal yang diterima daripada FELDA adalah berhubung dengan sumbangan geran bagi pembangunan Pusat Biotechnologi di Enstek, Nilai dan“Projek Getah Hijau” di Palong. Geran modal yang diterima daripada Penjamin berkaitan dengan pengembalian 5% daripada kos yang ditanggung untuk membangunkan dan membina loji penghancur bijian minyak di Kanada. Tiada geran yang diiktiraf pada 31 Disember 2013 yang berkaitan dengan syarat yang tidak dipenuhi atau luar jangka yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=