FGV Annual Report 2013

In tapping cutting-edge technologies to expand the usage of palm oil, FGV is set to become the first company in the world to pioneer and produce high grade carbon nanotubes (CNT) and graphene from by-products of CPO and other hydrocarbons. A Memorandum of Understanding was signed with Cambridge Nanosystems Limited (CNL) to develop the revolutionary products using CNL’s proprietary nano-systems technology. The collaboration will enable the Group to leverage on the strength, capabilities and expertise of CNL to advance the Group’s strategic plan to push boundaries and diversify into non- food high value products based on palm oil and palm oil waste. On 13 November, a joint-venture and shareholders’ agreement was signed with Lipid Venture Sdn Bhd to produce and extract palm oil- based vitamin E, also known as tocotrienol from refined bleached palm oil. The tocotrienol plant will be built in Kuantan, and is strategically located near the Group’s plantation as well as a vegetable oil refinery owned by a subsidiary company. It is expected to commence production in the fourth quarter of 2015. As one of the entry point projects (EPP 8) identified under the National Key Economic Areas, the joint-venture project has secured a seed grant from the Malaysian Government. Meanwhile, the Group has terminated its joint venture partnership with Bunge Ventures Canada L.P. (Bunge). The partnership was established to enable the Group’s Twin Rivers Technologies Enterprises De Transformation De Graines Oleagineuses Due Quebec Inc (TRT ETGO) to leverage Bunge’s technical expertise in oilseed processing and accelerate market penetration into North America. With the objectives of the partnership met, the joint venture with Bunge was wound up on 30 November 2013. Streamlining our portfolio. To further consolidate its position in the palm oil business, the Group acquired the remaining 51 percent equity stake in Felda Holdings Bhd (FHB) on 27 December for a purchase consideration of RM2.2 billion. The acquisition of FHB will enable the Group to streamline its plantation value chain, reduce structural complexity and align the management and equity interest of the midstream and downstream activities. With control over FHB’s processing and logistics businesses, FGV is in a better position to optimise efficiencies, manage costs, reap synergistic benefits and ultimately enhance its earnings base. In our efforts to strengthen asset quality, we are continually fine-tuning our portfolio, disposing of assets that are under-performing or are no longer in line with the Group’s vision and long-term strategy. Thus, in early 2013, a decision was taken in February 2013 to divest our 20 percent stake in Tradewinds (M) Bhd (Tradewinds). From the sale of our stake in Tradewinds, FGV has realised a capital appreciation of about 165 percent with a windfall of RM551.4 million that will be utilised for its expansion programme. Bagi memanfaatkan kelebihan teknologi terkini yang bertujuanmeluaskan penggunaan minyak sawit, FGV bersedia menjadi syarikat pertama di dunia merintis dan mengeluar tiub nano karbon (CNT) dan grafin bergred tinggi daripada produk sampingan MSM dan hidro karbon lain. Satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani dengan Cambridge Nanosystems Limited (CNL) untuk membangunkan produk baharu ini menggunakan teknologi sistem nano milik CNL. Permuafakatan ini akan membolehkan Kumpulan memanfaatkan keteguhan, keupayaan dan kepakaran CNL untuk memperhebatkan lagi pelan strategik Kumpulan ke luar sempadan dan mempelbagai ke dalam produk bernilai tinggi bukan makanan berasaskan kepada minyak sawit dan sisa minyak sawit. Pada 13 November, satu perjanjian usahasama dan pemegang saham telah ditandatangani dengan Lipid Venture Sdn Bhd untuk mengeluar dan mengekstrak vitamin E berasaskan minyak sawit, yang dikenali juga sebagai tokotrienol, dihasilkan daripada minyak sawit luntur bertapis. Kilang tokotrienol akan dibina di Kuantan dan mempunyai kedudukan strategik yang berhampiran dengan ladang Kumpulan serta sebuah kilang penapisan minyak sayuran yang dimiliki oleh sebuah anak syarikat. Ia dijangka akan memulakan pengeluaran pada suku keempat tahun 2015. Projek usahasama ini telah mendapat geran permulaan daripada Kerajaan Malaysia kerana ia merupakan salah sebuah projek permulaan (EPP 8) yang dikenal pasti di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Sementara itu, Kumpulan telah menamatkan perkongsian usahasamanya dengan Bunge Ventures Canada L.P. (Bunge). Perkongsian ini telah dijalinkan untuk membolehkan anak syarikat Kumpulan, Twin Rivers Technologies Enterprises De Transformation De Graines Oleagineuses Du Quebec Inc. (TRT ETGO) memanfaatkan kepakaran teknikal Bunge dalam pemprosesan bijian minyak dan mempercepatkan penembusan ke dalam pasaran Amerika Utara. Dengan tercapainya objektif jalinan tersebut, maka usahasama dengan Bunge ditamatkan pada 30 November 2013. Menyelaraskan Portfolio kita. Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya dalam perniagaan minyak sawit, Kumpulan telah mengambilalih baki 51 peratus kepentingan ekuiti dalam FHB pada 27 Disember dengan harga belian sebanyak RM2.2 bilion. Pengambilalihan FHB akan membolehkan Kumpulan menyelaraskan rantaian nilai perladangannya, mengurangkan kompleksiti struktur dan melaras pengurusan serta kepentingan ekuiti kegiatan di peringkat pertengahan dan hiliran. Penguasaan kawalan terhadap perniagaan pemprosesan dan logistik FHB telah meletakkan Kumpulan dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengoptimum kecekapan, mengurus kos, merebut manfaat sinergi dan yang paling penting; mempertingkatkan asas pendapatannya. Dalamusahamengukuhkan lagi kualiti aset kita, usahamemperkemaskan portfolio dilakukan secara berterusan denganmelupuskan aset yang tidak berprestasi atau yang tidak lagi sejajar dengan wawasan dan strategi jangka panjang Kumpulan. Justeru, pada awal tahun 2013, keputusan telah dibuat pada bulan Februari 2013 untuk menarik keluar pelaburan kita sebanyak 20 peratus dalam Tradewinds (M) Bhd (Tradewinds). FGV telah merealisasi peningkatan nilai modal sebanyak kira-kira 165 peratus daripada penjualan kepentingan kita dalam Tradewinds dengan keuntungan sebanyak RM551.4 juta yang akan digunakan untuk program meluaskan perniagaan Kumpulan. Chairman’s Letter to Shareholders Perutusan Pengerusi kepada Pemegang Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad 18

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=