FGV Annual Report 2013
Pada bulan Julai 2013, Kumpulan melaksanakan pengambilalihan perladanganyangpertamasejakdisenaraikanpadabulanJun2012,apabila iamengikat perjanjian untukmengambilalih 95 peratus kepentingan ekuiti dalam dua buah syarikat Indonesia, PT Temila Agro Abadi dan PT Landak Bhakti Palma, dengan bayaran sebanyak RM44.2 juta. Pengambilalihan ini akan merintis laluan bagi FGV untuk memiliki 21,037 hektar tanah, sebahagian besarnya ladang greenfield di Kalimantan Barat di mana 8,193 hektar akan dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit, sementara 12,844 hektar lagi akan digunakan untuk penanaman getah. Kumpulan menjangka akan membelanjakan sebanyak RM283.6 juta sepanjang tempoh lima hingga enam tahun akan datang bagi membangunkan pengambilalihan baharu ini. Pada bulan Oktober 2013, langkah pengambilalihan bersyarat secara sukarela PUP yang berpangkalan di Sabah telah diselesaikan dengan bayaran sebanyak RM1.2 bilion. PUP mempunyai kira-kira 15,161 hektar tanah di mana sebahagian besarnya meliputi kelapa sawit matang, terletak di Sabah dan Johor. Urusniaga ini turut melibatkan sebuah loji pemprosesan, kemudahan penghancuran isirung serta RM250 juta tunai. Penyelesaian semua pengambilalihan ini telah menambah tanah simpanan FGV sebanyak 8.9 peratus kepada 446,656 hektar. Tanah PT Temila terletak bersebelahan tanah PT Citra Niaga Perkasa yang dibeli terdahulu, sementara ladang PUP pula terletak berhampiran dengan ladang Kumpulan yang sedia ada di Lahad Datu, Sabah. Kedudukan ini sangat sesuai kerana ia membolehkan kita mencapai operasi ekonomi skala dalampengurusan estet dan perkongsian sumber. Usaha Kumpulan mengambilalih estet kelapa sawit juga dilaksana ketika wujud peluang baik berikutan kejatuhan harga MSM yang memudahkan langkah mengambilalih dibuat pada nilai yang berpatutan. Meluaskan Perniagaan Hiliran. GSB juga memberi mandat kepada Kumpulan untuk meluaskan operasi hilirannya dan mempelbagai ke dalam pengilangan produk inovatif bernilai tinggi bagi mengekal dan melindungi perniagaan huluannya. Pada 17 April 2013, Kumpulan menandatangani Perjanjian Pembelian Aset dengan Mission Biotechnologies Sdn Bhd untuk mengambilalih kilang penapisan biodiesel 100,000 tan di Pelabuhan Kuantan pada harga RM36.9 juta. Sebuah anak syarikat milik penuh dikenali sebagai FGV Biotechnologies Sdn Bhd, telah diperbadankan untuk menjalankan pengeluaran biodiesel dan meluaskan tawaran produk Kumpulan. Beroperasi pada pertengahan tahun 2013, kilang penapisan ini telah menyerahkan penghantaran methyl ester sawit pertamanya untuk dieksport ke Eropah dan untuk program B5 yang dimandat oleh Kerajaan. Pengeluaran biodiesel kini telah menjadi berdaya maju secara komersial berikutan harga MSM yang rendah berbanding bahan suapan biodiesel lain seperti biji sesawi dan soya. In July 2013, the Group made its first plantation acquisition since it was listed in June 2012 when it entered into an agreement to acquire a 95 percent equity interest in two Indonesian companies, PT Temila Agro Abadi and PT Landak Bhakti Palma for a total purchase consideration of RM44.2 million. The acquisition will pave the way for FGV to own 21,037 hectares of mostly greenfield plantations in West Kalimantan, of which 8,193 hectares will be developed for planting oil palms while 12,844 hectares will be designated for rubber cultivation. The Group expects to spend RM283.6 million over the next five to six years to develop its new acquisitions. In October 2013, the voluntary conditional takeover exercise of the Sabah-based PUP was completed for a total consideration of RM1.2 billion. PUP has approximately 15,161 hectares of primarily matured oil palm land, located in Sabah and in Johor. The deal includes a processing mill, a kernel crushing facility as well as RM250 million in cash. The completion of these acquisitions has increased FGV’s landbank by 8.9 percent to 446,656 hectares. The PT Temilia land is adjacent to the PT Citra Niaga Perkasa land purchased earlier, while the PUP plantation is in close proximity to the Group’s existing plantation in Lahad Datu, Sabah, this bodes well for economies of scale in estate management and the sharing of resources. The Group’s drive to acquire oil palm estates also comes at an opportune moment, as the downturn in CPO prices has made it easier to push through an acquisition at reasonable valuations. Expanding Downstream Presence. The GSB also mandates the Group to expand its downstream operations and diversify into the manufacture of high value innovative products to sustain and protect its upstream business. On 17 April 2013, the Group signed an Asset Purchase Agreement with Mission Biotechnologies Sdn Bhd to acquire its 100,000 tonnes biodiesel refinery at Kuantan Port for RM36.9 million. A wholly-owned subsidiary known as FGV Biotechnologies Sdn Bhd was incorporated to undertake the production of biodiesel and expand the Group’s product offerings. Operational in mid-2013, the refinery has since delivered its first shipment of palm methyl ester for export to Europe and for the Government’s B5 mandated programme. Current biodiesel production has become commercially viable as a result of the relatively low CPO price against other biodiesel feedstock such as rapeseed and soya. Felda Global Ventures Holdings Berhad 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=