FGV Annual Report 2013

3. Commitment to Competency • Talent Pipeline Program A Talent Pipeline Program has been implemented within the organisation to meet future leadership demands of the Group. In this respect, the Group has identified potentials from within the organisation and has been intensifying its efforts to raise these talents to meet the growth strategies and succession needs of the Group. The Talent Pipeline Program includes intensified leadership development, mentoring, and coaching, cross-functional and cross- border assignments. • External Recruitment FGV Group also recruits talents from open market to fill positions required by the Group. FGV Group practices open recruitment based on merit, suitability, relevant industry experience, value-added and synergy to the Group. • Trainee Programs The Group has attractive Cadet Planter, Cadet Mill, Management Trainee and Accountant Trainee programs (the Trainee Programs) to attract high potential graduates to the Group to provide continuous supply of high calibre talent to the Group. Upon completing 9months field training and 3 months classroom training, selected Cadet Planters will be absorbed and placed as Assistant Manager in the estates. Similarly, upon completing 9 months field training and 3 months classroom training, selected Cadet Mills will be absorbed and placed as Assistant Manager in the palm oil mills. Management Trainees are hired according to specific disciplines as required by the Group and attached to specific department and shall be absorbed into the Group upon successful selection process. The Accountant Trainees are placed through professional accounting certifications (i.e. ACCA, ICAEW, CIMA or equivalent) to ensure that the Group is supported with properly qualified individuals. The Trainee Programs are selected through a rigorous process. They are placed through a carefully designed program to provide them the experience and exposure, aimed at raising them to middle management capability at an accelerated rate. • On-going Development Programs The Group is committed to developing all levels of its human capital. Development programs are undertaken through its Group, Cluster and Company human resource initiatives. The Group level initiatives are focused on leadership and soft skills, whilst the Cluster or Company levels are more focused on technical industry skills. 3. Komitmen terhadap Daya Saing • Program Penyaluran Bakat Satu Program Penyaluran Bakat telah dilaksanakan dalam organisasi untuk memenuhi keperluan kepimpinan masa depan Kumpulan. Sehubungan ini, Kumpulan telah mengenal pasti individu-individu berpotensi dari dalam organisasi dan telah menggiatkan lagi usahanya untuk memupuk bakat- bakat ini bagi memenuhi keperluan strategi pertumbuhan dan penggantian Kumpulan. Program Penyaluran Bakat mencakupi pembangunan kepimpinan yang diperhebatkan, bimbingan dan latihan, serta tugasan merentas fungsi dan merentas sempadan. • Pengambilan Luar Kumpulan FGV juga mengambil bakat-bakat dari pasaran luar bagi mengisi jawatan-jawatan yang diperlukan oleh Kumpulan. Kumpulan FGV mengamalkan pengambilan terbuka berdasarkan merit, kesesuaian, pengalaman industri berkaitan, nilai tambah dan sinergi kepada Kumpulan. • Program Pelatih Kumpulan mempunyai program-program Kadet Peladang, Kadet Kilang, Pelatih Pengurusan dan Pelatih Akauntan (Program Pelatih) untuk menarik minat graduan berpotensi tinggi menyertai Kumpulan untuk menyediakan bekalan bakat amat berwibawa secara berterusan kepada Kumpulan. Selepas menamatkan latihan lapangan selama 9 bulan dan latihan di dalam kelas selama 3 bulan, Kadet Peladang yang dipilih akan diserapkan dan ditempatkan sebagai Penolong Pengurus di ladang-ladang. Begitu juga dengan Kadet Kilang di mana selepas menamatkan latihan selama 9 bulan di lapangan dan 3 bulan di dalam kelas, Kadet Kilang yang terpilih akan diserap dan ditempatkan sebagai Penolong Pengurus di kilang-kilang sawit. Pelatih Pengurusan diambil menurut bidang-bidang tertentu seperti yang diperlukan oleh Kumpulan dan ditugaskan ke jabatan tertentu serta akan diserapkan ke dalam Kumpulan setelah berjaya menjalani proses pemilihan. Pelatih Akauntan dikehendaki melalui pensijilan perakaunan profesional (iaitu ACCA, ICAEW, CIMA atau yang setaraf) bagi memastikan Kumpulan disokong oleh individu-individu yang mempunyai kelayakan yang sesuai. Para pelatih dalamProgramPelatih dipilih melalui proses yang ketat. Mereka ditempatkan dalam program yang direka dengan teliti untuk memberi mereka pengalaman dan pendedahan, bertujuan untuk meningkatkan mereka ke tahap kemampuan pengurusan pertengahan dalam tempoh yang singkat. • Program Pembangunan Berterusan Kumpulan komited untuk membangunkan modal insannya di semua peringkat. Program-program pembangunan dijalankan menerusi inisiatif sumber manusia pada peringkat Kumpulan, Kelompok dan Syarikat. Inisiatif peringkat Kumpulan tertumpu kepada kemahiran kepimpinan dan insaniah, manakala peringkat Kelompok atau Syarikat lebih tertumpu kepada kemahiran industri teknikal. Felda Global Ventures Holdings Berhad 155

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=