FGV Annual Report 2013

Statement On RISKMANAGEMENT AND INTERNAL CONTROL Penyata Pengurusan Risiko dan Kawalan DalamAN INVESTMENT COMMITTEE (IC) The IC supports the Board’s oversight function on the Group’s risk management and internal control on business strategies and new investments through the following: • To evaluate proposals on new investments and disposals of significant value to ensure consistency with the Global Strategic Blueprint (GSB) and returns in excess of a hurdle rate adjusted for risk and performance premium, • To recommend investments of a prescribed amount as determined by the Board from time to time under the Group Discretionary Authority Limits (DAL), • To review financial investment portfolios of the Company and Group, • To oversee current and future capital and financial resource requirements, • To monitor the fund raising activities of FGV Group; and • To conduct the annual performance evaluation of FGV Group’s investment activities. All major new investment proposals are presented to the IC for deliberation and recommendation to the Board of Directors of FGV. Through the investment proposals, the IC evaluates risks related to new investment proposals. The Board considers the evaluation by the IC before any investment decisions are made. Once the Board approves on the specific investment, RMD monitors the progress of the agreed upon mitigation strategies of the project. RISK MANAGEMENT FRAMEWORK The Group has a Risk Management Framework in place to continuously identify, assess and monitor risks. The Framework enables the identification, assessment and management of key business risks protecting the interests of various stakeholders. Under the Risk Management Framework, the Group Risk Management Committee (GRMC) meets regularly to identify, assess and monitor risks related to the operations. The GRMC comprises members of Executive Management Committee of the Group, except for MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) and prior to September 2013 submitted its quarterly report on the key risks facing the Group to the Audit Committee. Effective from 1st September 2013 onwards, the GRMC submits its quarterly report to Board Governance & Risk Management Committee (BGRMC). Any significant risks that require the Board’s attention are escalated to it for deliberation. The GRMC is supported by a Risk Management Department, Cluster Risk Champions and Risk Champions who are the representatives from respective business clusters and support units respectively, which facilitates in identifying, evaluating, managing and monitoring key risks. The Risk Champions are specifically tasked with ensuring the implementation of risk action plans to timely and effectively mitigate the risks. Key risks are highlighted to the internal audit function for development of the internal audit plan. The risk management framework and activities are reviewed by the internal audit function annually. JAWATANKUASA PELABURAN (IC) IC menyokong fungsi pengawasan Lembaga Pengarah dalam pengurusan risiko dan kawalan dalaman Kumpulan berkaitan strategi perniagaan dan pelaburan baharu dengan melaksanakan perkara berikut: • Menilai cadangan-cadangan pelaburan yang baru dan pelupusan bernilai besar yang penting sejajar dengan Pelan Induk Strategi Kumpulan (GSB) dan memberi pulangan dengan kadar rintangan lebihan yang diselaraskan untuk premium risiko dan prestasi, • Mencadangkan pelaburan mengikut jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari masa ke semasa menurut Had Kuasa Budi Bicara (DAL) Kumpulan, • Mengkaji portfolio pelaburan kewangan Syarikat dan Kumpulan, • Menyelia keperluan sumber modal dan kewangan semasa dan masa depan, • Memantau akitiviti pengumpulan dana Kumpulan FGV; dan • Menjalankan penilaian prestasi tahunan aktiviti pelaburan Kumpulan FGV. Semua cadangan pelaburan utama baharu dibentangkan kepada IC untuk dibincangkan dan dicadangkan kepada Lembaga Pangarah FGV. Menerusi cadangan-cadangan pelaburan tersebut, IC menilai risiko- risiko yang berkaitan dengan cadangan-cadangan pelaburan baharu itu. Lembaga Pengarah mempertimbangkan penilaian yang telah dibuat oleh IC sebelum sebarang keputusan pelaburan dibuat. Apabila Lembaga Pengarah meluluskan pelaburan tertentu, pemantauan akan dilakukan oleh RMD terhadap perkembangan strategi pengurangan yang telah dipersetujui bagi projek tersebut. RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO Kumpulan mempunyai Rangka Kerja Pengurusan Risiko yang tersedia untuk sentiasa mengenalpasti, menilai dan memantau risiko. Rangka Kerja tersebut membolehkan pengenalpastian, penilaian dan pengurusan risiko perniagaan utama bagi melindungi kepentingan para pemegang berkepentingan. Di bawah Rangka Kerja Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan (GRMC) bermesyuarat secara kerap untuk mengenal pasti, menilai dan memantau risiko yang berkaitan dengan operasi. GRMC terdiri daripada semua kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kumpulan kecuali bagi MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan telah mengemukakan laporan suku tahunannya kepada Jawatankuasa Audit Kumpulan mengenai risiko-risiko penting yang dihadapi oleh Kumpulan sebelum bulan September 2013. Berkuatkuasa mulai 1 September 2013, GRMC telah mengemukakan laporan suku tahunannya kepada Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga (BGRMC). Sebarang risiko penting yang memerlukan perhatian Lembaga Pengarah dilaporkan kepadanya untuk perbincangan. GRMC disokong oleh Jabatan Pengurusan Risiko, Juara Risiko Kelompok dan Juara Risiko yang merupakan wakil daripada kelompok perniagaan dan unit sokongan masing-masing, yang membantu mengenalpasti, menilai, mengurus dan memantau risiko-risiko utama. Juara Risiko diberi tugas khusus untuk memastikan ketepatan dan keberkesanan pelaksanaan pelan-pelan tindakan risiko dalam mengurangkan risiko- risiko terbabit. Risiko utama diketengahkan kepada fungsi audit dalaman untuk Pembangunan pelan audit dalaman. Rangka kerja dan aktiviti-aktiviti pengurusan risiko dikaji oleh fungsi audit dalaman setiap tahun. Felda Global Ventures Holdings Berhad 150

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=