FGV Annual Report 2013
In addition, to the best of the Audit Committee’s knowledge, the Audit Committee is not aware of any non-audit services that had compromised the external auditors’ independence. The terms of engagement of the external auditors are reviewed by the Audit Committee prior to submission to the Board for approval. CORPORATE INTEGRITY PLEDGE The FGV Group reinforces its commitment to a high level of governance and transparency by signing the Malaysian Corporate Integrity Pledge on 9 April 2012. This declaration signifies to the public that the Group supports and upholds Anti-Corruption Principles for Corporations in Malaysia as well as working towards creating a business environment that is free from corruption in the conduct of its business and in its interactions with its business partners and the Government. SUSTAINABILITY FGV Group manages its business responsibly by managing the environmental, social and governance aspects of its operations. As a company aspiring to be a globally integrated, diversified multi-national corporation, FGV is committed to all three principles of sustainability i.e. people, planet and profit (triple bottom line). FGV has always encouraged balance between its triple bottom line and its role as a responsible corporate citizen whilst approaching it from the four dimensions of marketplace, community, workplace and environment. FGV has published its first Sustainability Report in 2014 which is available on FGV’s corporate website. The report represents a new chapter in FGV’s journey and builds on its legacy and commitment to sustainable business practices. As FGV ramps up its effort towards implementing the Global Strategic Blueprint, it is important for FGV to demonstrate transparency in its commitment to sustainability throughmeasurable and accountable environmental and social targets towards its stakeholders. STATEMENT BY THE BOARD This Statement is made in accordance with a resolution of the Board of Directors and approved at the Board meeting dated 29 April 2014. On behalf of the Board YB TAN SRI HAJI MOHD ISA DATO’ HAJI ABDUL SAMAD Chairman Di samping itu, berdasarkan pengetahuan terbaik Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Audit tidak menyedari tentang sebarang perkhidmatan bukan audit yang telah menjejaskan kebebasan juruaudit luar. Syarat- syarat tugasan juruaudit luar dikaji oleh Jawatankuasa Audit sebelum diserahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. IKRAR INTEGRITI KORPORAT Kumpulan FGV memperkukuhkan komitmennya terhadap tahap tadbir urus dan ketelusan yang tinggi dengan menandatangani Ikrar Integriti Korporat Malaysia pada 9 April 2012. Ini menunjukkan kepada orang ramai bahawa Kumpulan menyokong dan berpegang kepada Prinsip-prinsip Pencegahan Rasuah bagi Syarikat-syarikat di Malaysia serta berusaha ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dalam pengendalian perniagaannya dan dalam interaksinya dengan rakan-rakan niaga dan pihak Kerajaan. KEMAMPANAN Kumpulan FGV menguruskan perniagaannya secara bertanggungjawab denganmengurus aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus operasinya. Berdasarkan cita-cta syarikat untuk menjadi sebuah perbadanan multi nasional berpelbagai yang bersepadu secara global, FGV komited kepada ketiga-tiga prinsip kemampanan, iaitu manusia, planet dan keuntungan (asas tiga serangkai). FGV sentiasa menggalakkan keseimbangan antara asas tiga serangkai dan peranannya sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab menerusi pendekatan empat dimensi, iaitu pasaran, komuniti, tempat kerja dan alam sekitar. FGV telah menerbitkan Laporan Kemampanan pertamanya pada tahun 2014 yang boleh didapati di laman sesawang korporat FGV. Laporan tersebut mewakili lembaran baharu dalam pengembaraan FGV dan memanfaatkan warisan dan komitmennya terhadap amalan perniagaan yang mampan. Dalam usaha FGV mempertingkatkan usahanya ke arah melaksanakan Pelan Induk Strategik Global, adalah penting bagi FGV untuk menampilkan ketelusan dalam komitmennya terhadap kemampananmelalui sasaran alam sekitar dan sosial yang boleh diukur dan bertanggungjawab terhadap para pemegang kepentingannya. PENYATA OLEH LEMBAGA PENGARAH Penyata ini disediakan selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah dan diluluskan di mesyuarat lembaga pengarah bertarikh 29 April 2014. Bagi pihak Lembaga Pengarah YB TAN SRI HAJI MOHD ISA DATO’ HAJI ABDUL SAMAD Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad 145
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=