FGV Annual Report 2013

Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad (Lembaga) komited ke arah mengekalkan piawaian tadbir urus korporat tertinggi di seluruh Kumpulan Syarikat (Kumpulan FGV atau Kumpulan) Felda Global Ventures Holdings Berhad (Syarikat) seperti yang telah dinyatakan dalam 8 Prinsip dan 26 Saranan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2012 (Kod), bab-bab yang berkaitan dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (Keperluan Penyenaraian) Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) serta terima pakai amalan-amalan terbaik seperti yang digariskan dalam Panduan Tadbir Urus Korporat edisi ke-2 (Panduan) yang dikeluarkan oleh Bursa Securities. Lembaga Pengarah mengakui bahawa piawaian tadbir urus korporat yang tinggi memainkan peranan penting ke arah pertumbuhan dan kejayaan berterusan Kumpulan FGV. Lembaga Pengarah komited untuk menguruskan perniagaan Kumpulan secara beretika dan telus bagi memastikan nilai jangka panjang yang saksama untuk semua pemegang sahamnya. Lembaga Pengarah dengan sukacita membentangkan penyata tadbir urus korporat ini yang menyatakan tentang bagaimana Syarikat menggunakan dan mengamalkan prinsip dan saranan Kod sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 (TKB 2013) dan sehingga 29 April 2014, iaitu tarikh Penyata ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Syarikat telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities pada 28 Jun 2012 (Tarikh Penyenaraian) dan sehingga tarikh Penyata ini, Kumpulan FGV telah memperkenalkan secara aktif dasar dan prosedur-prosedur baharu serta menambah baik proses dan kawalan Kumpulan bagi memastikan supaya proses dalaman, garis panduan dan sistem Kumpulan dikaji dan diselaraskan dengan amalan tadbir urus korporat yang mantap. LEMBAGA PENGARAH Peranan dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bertanggungjawab secara kolektif terhadap pelaksanaan keseluruhan perniagaan Kumpulan FGV dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi Syarikat dan Kumpulan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah mengambil pendekatan berhemah dan prihatin dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka bagimemastikanpiawaianetika tertinggi digunakan,menerusi pematuhan dengan peraturan dan penguatkuasaan, arahan dan garis panduan yang diguna pakai sambil bertindak demi kepentingan Kumpulan FGV dan pemegang sahamnya. Dalammelunaskan tanggungjawabnya, Lembaga Pengarahmematuhi prinsip-prinsip amalan etika seperti yang terkandung dalam Kod Etika dan Tatacara (CoEC) dan Kod Amalan Perniagaan (CoBP). CoEC dan CoBP menggariskan piawaian beretika bagi tingkah laku dan tatacara yang dikehendaki daripada semua Pengarah Kumpulan FGV. Lembaga Pengarah memastikan supaya pematuhan dipantau menerusi satu proses pengisytiharan yang memerlukan para Pengarah mengisytiharkan pematuhan mereka, termasuk sebarang keadaan percanggahan kepentingan sedia ada dan/atau potensi. Maklumat selanjutnya berkaitan CoEC dan CoBP disediakan secara berasingan dalam Penyata Integriti Korporat di muka surat 103 dalam Laporan Tahunan ini. Piagam Lembaga Lembaga Pengarah telah menerima pakai secara rasmi satu Piagam Lembaga yang memberi panduan kepada Lembaga Pengarah dalam melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawabnya, selaras dengan prinsip-prinsip tadbir urus korporat yang baik. Piagam Lembaga menggariskan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, keseimbangan dan komposisi Lembaga Pengarah, kuasa Lembaga Pengarah, jadual perkara-perkara yang dikhaskan untuk Lembaga Pengarah, penubuhan Jawatankuasa- jawatankuasa Lembaga, proses dan prosedur untuk mengadakan mesyuarat Lembaga, penilaian dan kajian Lembaga Pengarah terhadap prestasinya, pematuhan dengan pawaian etika, akses Lembaga Pengarah kepada maklumat dan khidmat nasihat serta pengisytiharkan percanggahan kepentingan. Felda Global Ventures Holdings Berhad 111

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=