FGV Annual Report 2012
80 Felda Global Ventures Holdings Berhad Advancing agriculture through R&D Through its extensive Research & Development resources, FGV has adopted a proactive approach to countering numerous challenges that have the potential to impact upon the sustainability of oil palm if left unaddressed. These include developing superior clonal materials to ensure higher yield, improving efficiency at harvesting stage and combating diseases such as basal stem rot of the oil palm plant. Today, our R&D associate, Felda Agricultural Services Sdn Bhd is amongst the world’s top three largest producers and planters of non-Genetically Modified Organism clonal palms.The Group’s award-winning breeding programmes continue to develop seedlings with potentially higher ratio of harvest and oil yield. Today, our seedlings make up 35 percent of planting material sales. By using clonal techniques and marker assisted selection programmes, we are able to accelerate the production of planting material with the desired traits. Some of our research breakthroughs already underway, includes a molecular marker that will screen planting material susceptible to basal stem rot disease and a patented screening technology for virescense palms, whose fruit colour visibly turns from green to orange upon ripening, to make manual harvesting more precise and lay the foundations for automatic ripeness scanning and possible mechanisation in the future. Utilising innovative biocontrols Another pillar in support of our programme for sustainable oil palm is the use of ‘biocontrols’ in integrated pest management. Projects in this area are aimed at controlling significant oil palm pests such as rats, bagworm, and oryctes beetle. The integrated approach employs a combination of methods to control pests with minimal use of pesticide – the aim being to use natural or benign methods to reduce any damage caused to the crop by these pests. Some of the biocontrol methods adopted by FGV include the introduction of barn owls into our plantations to reduce the population of rats that eat the palm fruit, harnessing the services of hymenoptera wasps to keep bagworm under control whilst minimising the use of pesticides; and monitoring the oryctes beetle population through the use of pheromone traps. Laying sustainable groundworks Like most plantation companies in Malaysia, FGV employs a number of measures to ensure that the organic content of the soil is preserved. When old fronds are pruned, they are left to decompose back into the soil. After the fruit is harvested, the fruit bunch stalks are mulched back into the soil, and during replanting the old palm trunks are chipped and fed back into the soil, all to add to soil fertility. An average of 100 tonnes per hectare of dry weight organic matter is returned to the soil through this trunk chipping. Compared with annual crops that give little back to the earth in terms of nutritional content, oil palm actually helps to preserve the organic soil content. Nutritional content is also fixed in the soil via the planting of leguminous cover crops to fix the nitrogen from the air into the soil, thus reducing the need for nitrogenous inorganic fertiliser. For this reason, blanket spraying of weed killer is not widely practiced on FGV plantations, and spraying, when necessary, is restricted to the immediate circle around the palm tree. Jaminan kemampanan minyak sawit Setelah sentiasa aktif menggalakkan amalan pertanian yang baik di ladang-ladang komersialnya dan seterusnya, kepada petani-peneroka, FELDA dan FGV bersama- sama telah menetapkan untuk mencapai pensijilan RSPO bagi kesemua 71 kompleks kilang menjelang 2017. Setakat ini, kami telah mendapat sijil untuk 21 kompleks yang terdiri daripada kilang-kilang dan ladang-ladang yang membekalkan stok ke kilang manakala banyak lagi kompleks (kilang dan ladang) sedang diaudit sebagai sebahagian daripada proses pensijilan. Sementara itu, pensijilan ISCC yang pertama telah menjadikan kami rantaian bekalan kelapa sawit bersepadu yang pertama – dan rantaian bekalan yang pertama di luar Eropah – untuk menerima pensijilan daripada ISCC, meliputi minyak sawit untuk bahan api bio. Sejak itu, syarikat bersekutu kami Felda Holdings telah mencapai pensijilan ISCC di lapan kilang yang memenuhi Arahan Tenaga Diperbaharui (RED) EU. Memajukan pertanian menerusi R&D Menerusi sumber Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang luas, FGV telah mengguna pakai pendekatan proaktif bagi menangani pelbagai cabaran yang berpotensi memberi kesan ke atas kemampanan minyak sawit jika tidak diatasi. Ini termasuk membangunkan bahan klon berkualiti unggul bagi memastikan hasil yang lebih tinggi, meningkatkan kecekapan di peringkat penuaian dan memerangi penyakit seperti reput pangkal batang bagi tanaman kelapa sawit. Hari ini, rakan R&D kami, Felda Agricultural Services Sdn Bhd adalah antara tiga pengeluar terbesar di dunia dan penanam kelapa sawit klon Organisma yang Tidak Diubah secara Genetik. Program pembiakan Kumpulan yang memenangi anugerah terus membangunkan benih dengan potensi nisbah tuaian dan hasil minyak yang lebih tinggi. Hari ini, anak benih kami membentuk 35 peratus daripada jualan bahan tanaman. Dengan menggunakan teknik klon dan program pemilihan bantuan penanda, kami dapat mempercepatkan pengeluaran bahan tanaman dengan sifat-sifat yang dikehendaki. Beberapa penemuan penyelidikan kami yang sedang dijalankan, termasuk penanda molekul yang akan menyaring bahan tanaman yang mudah terdedah kepada penyakit reput pangkal batang serta teknologi saringan yang dipatenkan untuk pokok sawit virescense , yang mana warna buah-buahan bertukar dari hijau ke jingga apabila masak, untuk menjadikan tuaian manual lebih tepat dan menyediakan asas untuk imbasan kematangan secara automatik dan kemungkinan penjenteraan di masa hadapan. Menggunakan kawalan bio yang inovatif Satu lagi tonggak yang menyokong program kelestarian minyak sawit kami adalah penggunaan kawalan bio dalam pengurusan bersepadu perosak. Projek-projek ini bertujuan untuk mengawal perosak utama kelapa sawit seperti tikus, ulat bungkus, dan kumbang oryctes . Pendekatan bersepadu menggunakan beberapa gabungan kaedah untuk mengawal perosak dengan penggunaan racun perosak yang minimum dengan matlamat menggunakan kaedah semulajadi atau halus untuk mengurangkan sebarang kerosakan ke atas tanaman yang telah dilakukan oleh haiwan perosak. Antara kaedah-kaedah kawalan biologi yang diguna pakai oleh FGV termasuk pengenalan burung hantu ke ladang kami untuk mengurangkan populasi tikus yang memakan buah sawit, memanfaatkan penggunaan tebuan hymenoptera untuk mengawal populasi ulat bungkus di samping meminimakan penggunaan racun perosak, dan memantau populasi kumbang oryctes menerusi penggunaan perangkap feromon. Corporate Social Responsibility Tanggungjawab Sosial Korporat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=