FGV Annual Report 2012

36 Felda Global Ventures Holdings Berhad CEO’s Review Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif Sugar Gula RAISING SWEET PROSPECTS FGV enjoys leading position in the refined sugar business in Malaysia. Our subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSMH) produces 57 percent of Malaysia’s refined sugar products and supplies these to 260 industrial, wholesale and retail customers. In 2012, MSMH’s profit before tax was lower than the previous year mainly due to lower gross margin as a result of increase in costs of raw sugar outpacing the increase in sales prices of refined sugar products. Though revenue equalled 2011’s performance due to the increase in retail price of the products, sales volume decreased as a result of increased competition from imported sugar as some local industry players were granted import permits. MSMH plans to invest RM93.7 million this year to expand its production capacity as part of the company’s RM220 million plan to become a leading global player in the sugar industry. The company has been increasing the level of automation at its production facilities to upgrade its existing boilers and processes, particularly at its Kilang Gula Felda Perlis subsidiary, in line with efforts to be more cost-competitive. It has also put into operations two new silos boosting storage capacity at its Sungai Buloh warehouse which features a complete packaging system. With the expansion, the subsidiary targets to increase its production capacity to 1.5 million tonnes by 2016 from the present 1.1 million tonnes, a jump of 36 percent. Besides the increase in production capacity, the storage capacity for refined sugar at MSMH’s warehouses, which has been raised to 27,000 tonnes, would be further expanded to 37,000 tonnes, as MSMH steps up efforts to grow its export markets to more countries, among them South Korea and China. MENINGKATKAN PROSPEK CERAH FGV mengungguli perniagaan gula halus di Malaysia. Anak syarikat kami, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSMH) menghasilkan 57 peratus daripada produk-produk gula halus Malaysia dan membekalkannya kepada 260 pelanggan industri, borong dan runcit. Pada tahun 2012, keuntungan sebelum cukai MSMH adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh margin kasar yang lebih rendah berikutan peningkatan kos gula mentah yang mengatasi kenaikan harga jualan produk gula halus. Walaupun hasil perolehan menyamai prestasi pada 2011 disebabkan oleh peningkatan harga runcit produk tersebut, volum jualan menurun ekoran saingan sengit daripada gula import sehubungan pemberian permit import kepada peserta industri tempatan. MSMH merancang untuk melabur RM93.7 juta tahun ini bagi mengembangkan kapasiti pengeluarannya sebagai sebahagian daripada perancangan syarikat bernilai RM220 juta untuk menjadi pemain global utama dalam industri gula. Ia sedang berusaha meningkatkan tahap automasi di kemudahan-kemudahan pengeluarannya bagi menaik taraf dandang dan proses yang sedia ada, terutamanya di Kilang Gula Felda Perlis, selaras dengan usaha untuk menjadi lebih berdaya saing dari segi kos. Dua silo baru juga telah mula beroperasi bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan di gudang Sungai Buloh yang mempunyai sistem pembungkusan yang lengkap. Dengan perkembangan itu, anak syarikat tersebut menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya kepada 1.5 juta tan metrik pada tahun 2016 berbanding 1.1 juta tan metrik sekarang, iaitu peningkatan sebanyak 36 peratus. Selain peningkatan kapasiti pengeluaran, kapasiti penyimpanan gula halus di gudang MSMH, yang telah dinaikkan kepada 27,000 tan metrik, akan ditingkatkan lagi kepada 37,000 tan metrik, sebagai satu langkah dalam usaha MSMH untuk mengembangkan pasaran eksportnya ke lebih banyak negara termasuk Korea Selatan dan China.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=