FGV Annual Report 2012
240 Felda Global Ventures Holdings Berhad JAMINAN KEUNTUNGAN Tiada sebarang jaminan keuntungan yang telah diberikan oleh Syarikat semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. KONTRAK PENTING Kecuali bagi yang dinyatakan dalam penyata kewangan, tiada kontrak penting termasuk kontrak yang berkaitan dengan mana-mana pinjaman telah dimeterai oleh Syarikat dan anak-anak syarikatnya yang melibatkan kepentingan para Pengarah dan pemegang saham utama. DASAR PENILAIAN SEMULA Syarikat tidak mempunyai polisi-polisi penilaian semula ke atas harta tanah. YURAN BUKAN AUDIT Jumlah yuran bukan audit yang ditanggung untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Kumpulan dan Syarikat oleh juruaudit luar, PricewaterhouseCoopers (PwC) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 adalah berjumlah RM5.34 juta. URUSNIAGA BERULANG DENGAN PIHAK BERKAITAN (RRPT) Semua RRPT disemak oleh Audit Dalaman Kumpulan dan laporan mengenai sebarang RRPT yang dimeterai oleh Syarikat akan diserahkan kepada Jawatankuasa Audit untuk kelulusan. Syarikat tidak memeterai sebarang RRPT yang memerlukan mandat pemegang saham semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Pendedahan Tambahan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=