FGV Annual Report 2012
239 PENGGUNAAN HASIL PEROLEHAN Perolehan kasar diterima daripada Tawaran Awam Awal sebanyak RM4,459 juta sempena penyenaraian Syarikat di Pasaran Utama Bursa Securities pada 28 Jun 2012 telah digunakan pada 31 Disember 2012 dalam cara berikut: BUTIRAN PENGGUNAAN HASIL PEROLEHAN ANGGARAN JANGKA MASA PENGGUNAAN SELEPAS PENYENARAIAN RM’000 JUMLAH DIGUNAKAN SETAKAT 31 DISEMBER 2012 BAKI HASIL PEROLEHAN IPO SETAKAT 31 DISEMBER 2012 Pengambilalihan aset perladangan dalam tempoh 3 tahun 2,190,000 – 2,190,000 Pengambilalihan selektif perniagaan minyak dan lelemak, pembuatan dan logistik dalam tempoh 3 tahun 840,000 – 840,000 Pembinaan atau pengambilalihan kilang dan loji penapisan dalam tempoh 3 tahun 780,000 – 780,000 Bayaran balik pinjaman untuk operasi luar negara dalam tempoh 6 bulan 260,000 (260,000) – Perbelanjaan modal untuk peningkatan kecekapan serta lanjutan keupayaan dalam tempoh 2 tahun 100,000 (59,330) 40,670 Keperluan modal kerja, tujuan korporat am dalam tempoh 6 bulan 129,000 (129,000) – Anggaran perbelanjaan penyenaraian dalam tempoh 6 bulan 160,000 (160,000) – Jumlah Kasar Hasil Perolehan 4,459,000 (608,330) 3,850,670 BELIAN BALIK SAHAM Syarikat tidak membuat sebarang cadangan belian balik saham semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. OPSYEN, WARAN ATAU SEKURITI BOLEH TUKAR Syarikat tidak menerbitkan sebarang opsyen, waran atau sekuriti boleh tukar semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. PROGRAM PENERIMAAN DEPOSITORI Syarikat tidak menaja sebarang program penerimaan depositori semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. SEKATAN DAN/ATAU DENDA PENTING Tiada sekatan dan/atau denda penting telah dikenakan ke atas Syarikat, anak-anak syarikatnya, para Pengarah atau Pengurusan, oleh badan-badan kawal selia yang berkaitan semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. PERUBAHAN DALAM KEPUTUSAN Tiada sebarang anggaran, ramalan atau unjuran yang dibuat atau dikeluarkan oleh Syarikat semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Pendedahan Tambahan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=