FGV Annual Report 2012
30 Felda Global Ventures Holdings Berhad 80,000 60,000 40,000 20,000 0 CEO’s Review Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif MAJOR EXPORTERS OF OILS & FATS PENGEKSPORT UTAMA MINYAK DAN LELEMAK (’000Ton) 2000 2010 Indonesia Malaysia Rest of theWorld Our vision for Felda Global Ventures (FGV) dates back to 2006 with the adoption of Five Strategic Thrusts to transform FELDA and exponentially grow its business. FGV’s subsequent listing as well as business model change is part of a strategy put in place in 2007 which includes systems, processes and a revamped human capital in preparation for a new evolution. Today, we are pursuing targets set out in a Global Strategic Blueprint designed to achieve FGV’s vision of becoming a globally diversified integrated agri-based multi-national corporation. Proceeds unlocked through the listing will fuel our drive to grow within the blueprint time frame of eight years. We are confident about our prospects because FGV is already a major palm oil force with operations in over ten countries. We are the third largest oil palm estate operator in the world and through our associate, Felda Holdings Bhd, we are the world’s largest Crude Palm Oil (CPO) producer and the second largest Malaysian palm oil refiner. Besides this, we are also the country’s largest refined sugar producer via MSM Malaysia Holdings Bhd, our 51 percent-owned subsidiary. On top of that, we are also involved in soybean and canola oils through our crushing and refining operations in Canada. Such size and capabilities give us good economies of scale to leverage upon. Additionally, with a net cash and cash equivalent of RM5.6 billion at the end of fiscal 2012, we are in a strong position to capitalise on strategic mergers and acquisitions towards building winning positions in the industry. 2012 MARKET ANALYSIS AND PERFORMANCE World CPO production dropped to 40 million tonnes in 2012 from 49 million tonnes in 2011. However, the bigger decline in demand from key buying countries resulted in Malaysia carrying a high CPO stock of 2.6 million tonnes compared to 2.1 million tonnes the previous year; causing CPO price to decline by a steep 25 percent to RM2,400 per tonne at 31 December 2012. As a high portion of FGV’s group income is attributed to the plantation segment, FGV’s earnings were significantly impacted by the opportunity loss of lower CPO price. Nonetheless, the plantations division still emerged as the largest contributor to the Group’s revenue contributing 75.4 percent, while the sugar business contributed 18.2 percent and the downstream division recorded much-welcomed maiden gains to contribute 6.2 percent of revenue. Visi kami untuk Felda Global Ventures (FGV) bermula sejak tahun 2006 dengan mengguna pakai Lima Teras Strategik untuk mengubah FELDA dan mengembangkan perniagaannya dengan pesat. Penyenaraian FGV serta perubahan model perniagaan adalah sebahagian daripada strategi yang dirangkakan pada tahun 2007 yang merangkumi sistem, proses dan modal insan yang dirombak dalam persediaan ke arah satu evolusi baru. Hari ini, kami berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Strategik Global yang direka untuk mencapai wawasan FGV untuk menjadi sebuah syarikat asas tani multinasional yang bersepadu dan berkepelbagaian. Hasil yang diperoleh menerusi penyenaraian tersebut akan menjana usaha kami untuk berkembang dalam tempoh masa pelan tindakan iaitu selama lapan tahun. Kami yakin dengan prospek kami kerana FGV kini sudah menjadi kuasa utama minyak kelapa sawit dengan operasi di lebih sepuluh buah negara. Kami adalah pengendali ladang minyak sawit ketiga terbesar di dunia dan menerusi syarikat bersekutu kami, Felda Holdings Bhd, kami merupakan pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar di dunia dan syarikat penapis minyak sawit kedua terbesar di Malaysia. Selain itu, kami juga adalah pengeluar gula halus terbesar negara menerusi MSMMalaysia Holdings Bhd, iaitu anak syarikat milik 51 peratus kami. Sementara itu, kami juga terlibat dalam kacang soya dan kanola menerusi operasi penghancuran dan penapisan kami di Kanada. Saiz dan keupayaan seperti ini memberikan kami skala ekonomi yang baik. Selain itu, dengan tunai dan setara tunai bersih sebanyak RM5.6 bilion pada akhir tahun kewangan 2012, kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk mengambil kesempatan atas penggabungan dan pengambilalihan strategik ke arah membina kedudukan unggul dalam industri. PRESTASI DAN ANALISIS PASARAN 2012 Pengeluaran MSM dunia menurun kepada 40 juta tan metrik pada tahun 2012 daripada 49 juta tan metrik pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, penurunan yang lebih besar dalam permintaan daripada negara-negara pembeli utama menyebabkan Malaysia mempunyai stok MSM yang tinggi iaitu sebanyak 2.6 juta tan metrik berbanding 2.1 juta tan metrik pada tahun sebelumnya; ini menyebabkan harga MSM merosot mendadak sebanyak 25 peratus kepada RM2,400 satu tan metrik pada 31 Disember 2012. Oleh kerana sebahagian besar pendapatan kumpulan FGV disumbangkan oleh segmen perladangan, pendapatan FGV telah terjejas berikutan kehilangan peluang ekoran harga MSM yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bahagian perladangan masih muncul sebagai penyumbang terbesar kepada perolehan Kumpulan dengan menyumbang 75.4 peratus, manakala perniagaan gula menyumbang 18.2 peratus dan bahagian hiliran mencatatkan keuntungan buat julung kalinya dengan menyumbang 6.2 peratus daripada perolehan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=