FGV Annual Report 2012

182 Felda Global Ventures Holdings Berhad 20 ASET TIDAK NYATA (sambungan) (b) Ujian rosot nilai bagi aset tidak nyata selain daripada muhibah Berikutan peningkatan dalam prestasi kewangan, satu penilaian semula jumlah yang boleh diperoleh kembali telah dilaksanakan ke atas operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat. Penilaian tersebut memerlukan anggaran nilai dalam kegunaan bagi CGU di mana hartanah, loji dan peralatan serta aset tidak nyata berkenaan bagi operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat telah diperuntukkan. Ini telah menghasilkan pembalikan rosot nilai sebanyak RM23,878,000. Jumlah yang boleh diperolehi semula CGU ditetapkan berdasarkan nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi dengan menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan belanjawan kewangan yang diluluskan oleh para Pengarah meliputi tempoh lima tahun dan menggunakan pengganda nilai terminal yang menggunakan kadar pertumbuhan mampan jangka panjang yang dinyatakan di bawah. Andaian utama yang digunakan untuk nilai dalam penggunaan CGU adalah: 2012 2011 Margin kasar 8% – 10% 6% – 10% Pengganda nilai terminal 7.95 kali 2017 EBITDA 6.10 kali 2016 EBITDA Kadar diskaun 12% 13% (i) Margin kasar Asas yang belanjawan digunakan untuk menentukan nilai yang diperuntukkan kepada margin kasar adalah purata margin kasar yang dicapai pada tahun kewangan sebelum belanjawan tahun kewangan yang diperuntukkan, diselaraskan dengan keadaan pasaran dan ekonomi, dan jangkaan peningkatan kecekapan. (ii) Gandaan nilai terminal Nilai terminal adalah berdasarkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (“EBITDA”) pada 2017 didarab dengan pengganda nilai terminal iatu 7.95. Gandaan nilai terminal yang digunakan adalah konsisten dengan syarikat-syarikat yang setanding dalam industri yang sama di Amerika Syarikat. (iii) Kadar diskaun Kadar diskaun yang digunakan mencerminkan risiko khusus yang berkaitan dengan operasi perniagaan, dan merupakan kadar pra-cukai. Hasil daripada penilaian rosot nilai CGU, Kumpulan telah mengiktiraf pembalikan rosot nilai sebanyak RM39,375,000 (2011: tiada) yang mewakili RM23,878,000 yang diperuntukkan secara pro-rata bagi aset tidak nyata selain daripada muhibah dan RM15,497,000 bagi hartanah, loji dan peralatan (rujuk Nota 18) yang masing-masing dicatatkan dalam pendapatan lain dan kos jualan. Pihak pengurusan percaya bahawa tiada perubahan yang mungkin berlaku dalam mana-mana andaian penting di atas yang boleh menyebabkan jumlah bawaan CGU melebihi jumlah yang boleh diperolehi semula. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=