FGV Annual Report 2012
181 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 20 ASET TIDAK NYATA (sambungan) (a) Ujian rosot nilai untuk muhibah (sambungan) (i) Operasi perniagaan gula di Seberang Prai, Malaysia (sambungan) (i) Margin kasar Asas yang digunakan untuk menentukan nilai yang diperuntukkan kepada margin kasar adalah purata margin kasar yang dicapai pada tahun kewangan sebaik sebelum belanjawan tahun kewangan yang diperuntukkan, diselaraskan dengan keadaan pasaran dan ekonomi, yang termasuk jangkaan harga gula mentah di bawah kontrak jangka panjang dan subsidi yang akan diterima daripada Kerajaan Malaysia, serta jangkaan peningkatan kecekapan. (ii) Kadar pertumbuhan nilai terminal Kadar pertumbuhan terminal yang digunakan adalah berdasarkan kadar pertumbuhan jangka panjang dalam industri gula di Malaysia. (iii) Kadar diskaun Kadar diskaun yang digunakan mencerminkan risiko-risiko industri yang khusus berkaitan dengan perniagaan gula, atas asas sebelum cukai. Pihak pengurusan percaya bahawa tiada perubahan yang mungkin berlaku dalammana-mana andaian penting di atas yang boleh menyebabkan jumlah bawaan CGU melebihi jumlah yang boleh diperolehi semula. (ii) Operasi perniagaan makanan minyak bertapis di Kanada Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 Pada tahun kewangan yang lepas, Kumpulan mempunyai baki muhibah sebanyak RM42,792,000 yang diperuntukkan untuk operasi perniagaan makanan berasaskan minyak bertapis di Kanada. Pada 31 Disember 2011, Kumpulan telah menjalankan penilaian rosot nilai muhibah tahunan dengan menganggarkan jumlah boleh diperolehi semula CGU (muhibah dan hartanah, loji dan peralatan seperti yang dinyatakan dalam Nota 18) menggunakan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual. Andaian utama yang digunakan bagi pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual adalah seperti berikut: (i) Yuran tol adalah berdasarkan purata anggaran kadar pertumbuhan kompaun tahunan iaitu kira-kira 3% dari 2011 hingga 2016. Asas yang digunakan adalah selaras dengan Perjanjian Bayaran yang telah dilaksanakan bertarikh 9 Disember 2012 di antara Bunge-ETGO LP dan TRT ETGO. (ii) Bahagian keputusan daripada Bunge ETGO LP, sebuah entiti kawalan bersama yang ditubuhkan pada tahun kewangan, adalah didapati daripada Belanjawan Awal 2012 yang disediakan oleh Bunge ETGO LP manakala bagi tahun 2013 hingga 2016 adalah berdasarkan andaian awal yang dibuat oleh pihak pengurusan dengan mengambilkira Belanjawan Awal 2012 yang disediakan oleh Bunge ETGO LP berserta kapasiti yang diunjurkan. (iii) Kadar diskaun yang digunakan ialah 12.4% yang mencerminkan risiko khusus yang berkaitan dengan operasi perniagaan. (iv) Nilai terminal adalah berdasarkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (“EBITDA”) pada 2016 didarab dengan pengganda nilai terminal iaitu 7.6. Berdasarkan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual, Kumpulan telah merosotkan sepenuhnya muhibah sebanyak RM42,792,000 yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam perbelanjaan operasi lain bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=