FGV Annual Report 2012
163 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 5 ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKAL (sambungan) (iv) Pelaburan dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama Kumpulan dan Syarikat menguji pelaburan dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti kawalan bersama bagi rosot nilai jika terdapat sebarang petunjuk rosot nilai. Pengurusan telah menilai bahawa pelaburan berikut mungkin rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung oleh anak-anak syarikat dan entiti-entiti kawalan bersama pada tahun kewangan semasa. Pelaburan dalam Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (“FGVD”), sebuah anak syarikat Pada 31 Disember 2012, pelaburan Kumpulan dalam FGVD telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung pada tahun kewangan. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperolehi semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana berkaitan dengan pelaburan tersebut. Jumlah yang boleh diperolehi semula itu ditetapkankan berdasarkan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilaian rosot nilai itu, Syarikat telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM115,356,000. Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 21 kepada penyata kewangan. Pelaburan dalam Felda Iffco Sdn Bhd (“FISB”), sebuah entiti kawalan bersama Pada 31 Disember 2012, pelaburan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama, FISB telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian berterusan yang ditanggung, yang merupakan penilaian semula ujian rosot nilai yang dijalankan pada tahun kewangan terdahulu. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperolehi semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana berkaitan dengan pelaburan tersebut. Jumlah pelaburan yang boleh diperolehi semula dalam FISB ditetapkankan berdasarkan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilaian rosot nilai itu, Syarikat telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM25,000,000. Andaian penting yang digunakan bagi menentukan jumlah pelaburan yang boleh diperoleh semula dalam FISB dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 23. Pelaburan dalam Trurich Resources Sdn Bhd (“Trurich”), sebuah entiti kawalan bersama Pada 31 Disember 2012, pelaburan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama, Trurich telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperolehi semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana berkaitan dengan pelaburan tersebut. Jumlah yang boleh diperolehi semula ditetapkankan berdasarkan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilaian rosot nilai itu, tiada rosot nilai telah diiktitraf kerana jumlah CGU yang boleh diperoleh semula adalah melebihi jumlah bawaan. Andaian penting yang digunakan bagi menentukan jumlah pelaburan yang boleh diperoleh semula dalam Trurich adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 23. (v) Aset cukai tertunda Aset cukai tertunda diiktiraf pada mana terdapat kemungkinan bahawa keuntungan boleh cukai masa hadapan akan tersedia terhadap mana perbezaan sementara boleh digunakan. Ini melibatkan pertimbangan berhubung prestasi kewangan masa hadapan bagi entiti-entiti tertentu di mana aset cukai tertunda telah diiktiraf. Jumlah aset cukai tertunda yang timbul daripada kerugian cukai tidak diiktiraf adalah berjumlah RM83,176,000 (2011: RM171,302,000). Berikutan peningkatan dalam prestasi kewangan sebuah anak-anak syarikat di Amerika Syarikat, ia kini berkemungkinan bahawa keuntungan boleh cukai yang mencukupi akan tersedia untuk membolehkan aset cukai tertunda dalam anak-anak syarikat itu digunakan. Hasil daripada itu, aset cukai tertunda yang telah diiltiraf adalah berkumlah RM47,816,000.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=