FGV Annual Report 2012

162 Felda Global Ventures Holdings Berhad 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (sambungan) (c) Anggaran nilai saksama (sambungan) Nilai saksama instrumen kewangan yang tidak diniagakan dalam pasaran aktif (contohnya, kontrak hadapan matawang asing) ditetapkankan dengan menggunakan teknik penilaian. Teknik-teknik penilaian ini memaksimumkan penggunaan data pasaran yang boleh diperhatikan di mana ia boleh didapati dan bergantung serendah mungkin ke atas anggaran entiti-entiti tertentu. Jika semua input penting yang diperlukan untuk nilai saksama instrumen boleh diperhatikan, instrumen tersebut dirangkumkan ke dalam tahap 2. Instrumen yang dirangkumkan dalam tahap 2 adalah terdiri daripada kontrak hadapan matawang asing. Jika satu atau lebih input penting adalah tidak berdasarkan data pasaran yang boleh diperhatikan, instrumen tersebut dirangkumkan ke dalam tahap 3. Instrumen yang dirangkumkan dalam tahap 3 adalah terdiri daripada liabiliti LLA. Jadual berikut membentangkan perubahan dalam instrumen tahap 3 semasa tahun kewangan: 2012 2011 RM’000 RM’000 Liabiliti LLA 1 Januari – – Nilai saksama pada permulaan LLA (Nota 42) 5,842,694 – Perubahan nilai saksama yang dicaj kepada untung atau rugi 210,178 – Bayaran balik semasa tahun (388,103) – 31 Disember 5,664,769 – 5 ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKAL Anggaran dan pertimbangan dinilai secara berterusan oleh para Pengarah dan pengurusan dan adalah berdasarkan pengalaman sejarah dan faktor-faktor lain, termasuk jangkaan peristiwa masa hadapan yang dipercayai munasabah mengikut keadaan. Anggaran dan andaian yang mempunyai risiko besar menyebabkan pelarasan ketara kepada jumlah bawaan aset dan liabiliti dalam tahun kewangan akan datang dibincangkan di bawah. (i) Liabiliti LLA Nilai saksama liabiliti LLA diukur menggunakan pengiraan aliran tunai yang didiskaunkan dengan menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan belanjawan kewangan yang diluluskan oleh para Pengarah meliputi tempoh 99 tahun. Hasil daripada penilaian nilai saksama, Kumpulan telah mengiktiraf liabiliti LLA sebanyak RM5,664,769,000. Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 42 kepada penyata kewangan. (ii) Muhibah Kumpulan menentukan samada muhibah adalah rosot nilai sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini memerlukan anggaran jumlah yang boleh diperolehi semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana muhibah diperuntukkan. Menganggarkan jumlah yang boleh diperolehi semula memerlukan pihak pengurusan membuat anggaran jangkaan aliran tunai masa hadapan daripada CGU dan juga memilih kadar diskaun yang sesuai untuk mengira nilai semasa aliran tunai tersebut. Jumlah yang boleh diperolehi semula bagi CGU ditetapkankan berdasarkan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi dalam kegunaan. Hasil daripada penilaian rosot nilai ini, Kumpulan tidak mengiktiraf mana-mana rosot nilai. Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 20 kepada penyata kewangan (iii) Aset tidak nyata selain daripada muhibah, hartanah, loji dan peralatan dan aset biologi Kumpulan menguji aset tidak nyata selain daripada muhibah, hartanah, loji dan peralatan dan aset biologi untuk rosot nilai jika terdapat sebarang bukti objektif rosot nilai. Pengurusan telah menilai bahawa beberapa aset tidak nyata tertentu selain daripada muhibah, hartanah, loji dan peralatan dan aset biologi mungkin berpotensi rosot nilai atau rosot nilai sedia ada boleh diterbalikkan. Jumlah boleh diperolehi semula daripada aset-aset ini telah ditetapkankan berdasarkan pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilaian tersebut, Kumpulan telah mengiktiraf rosot nilai sebanyak RM36,616,000 terhadap hartanah, loji dan peralatan dan aset biologi, susut nilai dipercepatkan sebanyak RM8,656,000 terhadap aset biologi dan pembalikan rosot nilai sebanyak RM39,375,000 terhadap aset tidak nyata selain daripada muhibah dan hartanah, loji dan peralatan. Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 18, 20, 21 dan 28 kepada penyata kewangan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=