FGV Annual Report 2012
128 Felda Global Ventures Holdings Berhad LAIN-LAIN TANGGUNGJAWAB LAPORAN Maklumat tambahan yang dibentangkan dalam Nota 56 pada mukasurat 236 didedahkan bagi memenuhi kehendak Bursa Malaysia Securities Berhad dan bukannya sebahagian daripada penyata kewangan. Para Pengarah bertanggungjawab menyiapkan maklumat tambahan tersebut sejajar dengan Panduan berkaitan Perkara Khas No. 1, Penentuan Keuntungan atau Kerugian yang Direalisasi dan Tidak Direalisasi dalam Konteks Pendedahan Menurut Kehendak-kehendak Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, seperti yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia (“Panduan MIA”) dan arahan Bursa Malaysia Securities Berhad. Pada pendapat kami, maklumat tambahan tersebut telah disediakan, dalam semua aspek yang penting, menurut Garis Panduan MIA dan arahan Bursa Malaysia Securities Berhad. PERKARA-PERKARA LAIN Laporan ini dibuat hanya untuk ahli-ahli Syarikat, sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 di Malaysia dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pihak untuk isi kandungan laporan ini. PRICEWATERHOUSECOOPERS THAYAPARAN A/L S. SANGARAPILLAI (No. AF: 1146) (No. 2085/09/14 (J)) Akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah Kuala Lumpur, Malaysia 24 April 2013 Laporan Juruaudit Bebas kepada ahli-ahli Felda Global Ventures Holdings Berhad (Diperbadankan di Malaysia) (No. Syarikat: 800165 P)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=