FGV Annual Report 2012

127 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n LAPORAN KE ATAS PENYATA KEWANGAN Kami telah mengaudit penyata kewangan Felda Global Ventures Holdings Berhad pada mukasurat 129 hingga 235, yang terdiri daripada penyata kedudukan kewangan bagi Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2012, dan penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan ekuiti dan penyata aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan yang telah berakhir, serta ringkasan polisi-polisi perakaunan yang penting dan nota-nota penjelasan lain, seperti yang dibentangkan pada Nota 1 hingga 55. Tanggungjawab Para Pengarah ke atas Penyata Kewangan Para Pengarah Syarikat bertanggungjawab ke atas penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan ini menurut Piawaian Laporan Kewangan di Malaysia dan Akta Syarikat, 1965, dan kawalan dalaman yang dianggap wajar oleh para Pengarah bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata yang penting, samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Tanggungjawab Juruaudit Tanggungjawab kami ialah untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan ini berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan pengauditan menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut mengkehendaki kami mematuhi kehendak-kehendak etika serta merancang dan melaksanakan audit bagi mendapatkan jaminan munasabah bahawa penyata kewangan ini adalah bebas daripada salah nyata yang penting. Sesuatu audit adalah melibatkan pelaksanaan prosedur bagi mendapatkan bukti audit mengenai jumlah dan pendedahan yang dinyatakan dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian risiko akibat salah nyata yang penting dalam penyata kewangan, samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalammembuat penilaian risiko, kami menilai kawalan dalaman entiti-entiti yang berkaitan dalam penyediaan penyata kewangan yang memberi gambaran yang benar dan saksama bagi membentuk prosedur audit yang sesuai dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk memberi pendapat tentang keberkesanan kawalan dalaman entiti-entiti tersebut. Audit juga melibatkan penilaian kesesuaian polisi-polisi perakaunan yang digunakan dan kewajaran anggaran perakaunan yang dibuat oleh para Pengarah, serta penilaian ke atas pembentangan keseluruhan penyata kewangan. Kami yakin bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan sesuai bagi menyediakan asas untuk pendapat audit kami. Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan ini telah disediakan dengan teliti menurut Piawaian Laporan Kewangan di Malaysia dan Akta Syarikat, 1965 untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2012 serta prestasi kewangan dan aliran tunai mereka bagi tahun kewangan yang telah berakhir. LAPORAN KEHENDAK-KEHENDAK PERUNDANGAN DAN KAWAL ATUR LAIN Menurut kehendak Akta Syarikat, 1965 di Malaysia, kami juga melaporkan yang berikut: a. Pada pendapat kami, rekod perakaunan dan rekod lain serta senarai daftar yang perlu disimpan mengikut kehendak Akta oleh Syarikat dan anak-anak syarikatnya yang mana kami bertindak sebagai juruaudit telah disimpan dengan sempurna menurut peruntukan Akta tersebut. b. Kami telah mengambilkira penyata kewangan dan laporan juruaudit ke atas semua anak syarikat yang mana kami tidak bertindak sebagai juruaudit, yang telah dinyatakan dalam Nota 21 penyata kewangan. c. Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan anak-anak syarikat yang telah digabungkan dengan penyata kewangan Syarikat adalah lengkap serta kandungannya wajar dan sesuai untuk tujuan penyediaan penyata kewangan Kumpulan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan untuk tujuan tersebut. d. Laporan audit ke atas penyata kewangan anak-anak syarikat tidak mengandungi sebarang kelayakan atau komen tidak memuaskan yang dibuat di bawah Seksyen 174(3) Akta tersebut. Laporan Juruaudit Bebas kepada ahli-ahli Felda Global Ventures Holdings Berhad (Diperbadankan di Malaysia) (No. Syarikat: 800165 P)

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=