FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 149 Nota A: Butiran Agenda ini hanya untuk tujuan pembentangan dan perbincangan kerana di bawah peruntukan Seksyen 169(1) Akta Syarikat, 1965 (Akta) dan Artikel 125 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, penyata kewangan diaudit tidak memerlukan kelulusan rasmi pemegang saham dan oleh itu, ianya tidak akan diusulkan untuk pengundian. Proksi: 1. Seorang ahli Syarikat yang berhak menghadiri dan mengundi di mesyuarat Syarikat, atau dalam mesyuarat mana-mana kelas ahli-ahli Syarikat, adalah berhak untuk melantik mana-mana individu sebagai proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak Ahli pada mesyuarat tersebut.Tidak akan ada sekatan tentang kelayakan proksi. 2. Seorang proksi yang dilantik untuk menghadiri dan mengundi pada mesyuarat Syarikat hendaklah mempunyai hak yang sama seperti Ahli untuk bersuara pada mesyuarat tersebut. 3. Seorang proksi tidak semestinya seorang Ahli dan peruntukan Seksyen 149 (1) (b) Akta tidak akan terpakai kepada Syarikat. Ahli tidak boleh dihalang daripada menghadiri dan mengundi pada mana-mana mesyuarat agung selepas menyerahkan borang proksi.Walau bagaimanapun, kehadiran itu secara automatik akan membatalkan kuasa proksi.Tidak akan ada sekatan tentang kelayakan proksi. 4. Ahli boleh melantik sehingga dua orang proksi untuk menghadiri mesyuarat agung Syarikat. Jika seseorang Ahli melantik dua proksi, pelantikan proksi itu tidak boleh menjadi sah melainkan jika Ahli menyatakan bahagian pegangan saham beliau yang akan diwakili oleh setiap satu proksi tersebut. Instrumen pelantikan proksi hendaklah dibuat secara bertulis oleh orang yang melantik atau peguam beliau yang diberi kuasa secara bertulis atau sekiranya orang yang melantik adalah sebuah perbadanan sama ada di bawah meterai syarikat atau ditandatangani oleh pegawai atau peguam yang telah diberi kuasa. Instrumen pelantikan proksi untuk mengundi dalam mesyuarat termasuk kuasa untuk meminta atau menyertai dalam permintaan pengundian bagi pihak yang melantik. 5. DimanaAhliadalahPenamaSahyangdikecualikanyangmemegangsaham-sahambiasadalamSyarikatuntukbeberapapemilikbermanfaatdalamsatuakaunsekuriti (akaunomnibus) tidakadahadkepadabilanganproksiyang boleh dilantik oleh Penama Sah yang dikecualikan bagi setiap akaun omnibus yang dipegang untuk mengundi di tempatnya, dan bahawa proksi juga tidak perlu menjadi ahli dan di mana seorang ahli melantik lebih daripada seorang proksi, pelantikan tersebut adalah tidak sah kecuali ia menyatakan nisbah pegangan yang akan diwakili oleh setiap proksi. Seorang Penama Sah yang dikecualikan merujuk kepada penama yang diberi kuasa yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) yang dikecualikan daripada mematuhi peruntukan subseksyen 25A (1) SICDA. 6. Instrumen pelantikan proksi hendaklah diserahkan ke pejabat Pendaftar Saham Syarikat, Symphony Share Registrars Sdn Bhd, Level 6, Symphony House, Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum mesyuarat diadakan atau ditangguhkan di mana individu yang dinamakan dalam instrumen itu bercadang untuk mengundi dan dalam kes pengundian, tidak kurang daripada dua puluh empat (24) jam sebelum masa yang ditetapkan untuk membuat pengundian, dan jika gagal, instrumen pelantikan proksi akan dianggap tidak sah. 7. Ahli yang layak hadir Bagi tujuan menentukan ahli yang berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang ke-Lima (5), Syarikat akan memohon daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd., selaras dengan Artikel 54 Tataurusan PertubuhanSyarikatdanSeksyen34 (1)Akta IndustriSekuriti (DepositoriPusat)1991,untukmengeluarkanRekodPendepositMesyuaratAgungpada18Jun2013.HanyapendeposityangnamanyaterteradalamRekodPendeposit Mesyuarat Agung pada 18 Jun 2013 akan berhak untuk menghadiri mesyuarat tersebut atau melantik seorang proksi (proksi-proksi) untuk hadir dan/atau mengundi bagi pihak pendeposit tersebut. Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan Dibuat menurut Perenggan 8.27(2) Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad Butiran para Pengarah yang akan dipilih semula menurut Artikel 88 dan Artikel 94 Tataurusan Pertubuhan Syarikat adalah dibentangkan pada mukasurat 148 hingga 149 Laporan Tahunan ini. Butiran pegangan saham para Pengarah dalam Syarikat dibentangkan pada mukasurat 123 di Penyata Kewangan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=