FGV Annual Report 2012

148 Felda Global Ventures Holdings Berhad Notis Mesyuarat Agung Tahunan DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan Felda Global Ventures Holdings Berhad yang ke-Lima (5) akan diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra, 41 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur pada hari Rabu, 26 Jun 2013, pada jam 11.00 pagi atau pada sebarang penangguhan, untuk menjalankan urusan berikut: AGENDA Sebagai Urusan Biasa 1. Untuk menerima Penyata Kewangan Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 bersama Laporan Para Pengarah dan Juruaudit. (Sila rujuk Nota A) 2. Untuk meluluskan pembayaran Dividen Akhir sebanyak 8.5 sen sesaham biasa, di bawah sistem satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. (RESOLUSI 1) 3. Untuk memilih semula para Pengarah berikut, yang akan bersara menurut Artikel 88 Tataurusan Pertubuhan Syarikat: i. YB Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’Haji Abdul Samad ii. Dato’Sabri Ahmad (RESOLUSI 2) (RESOLUSI 3) 4. Untuk memilih semula para Pengarah berikut, yang akan bersara menurut Artikel 94 Tataurusan Pertubuhan Syarikat: i. Tan Sri Dato’Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah ii. Dato’Paduka Ismee Ismail iii. DatukWira Jalilah Baba (RESOLUSI 4) (RESOLUSI 5) (RESOLUSI 6) 5. Untuk meluluskan pembayaran yuran para Pengarah sebanyak RM1,712,325.00 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. (RESOLUSI 7) 6. Untuk melantik semula Tetuan PricewaterhouseCoopers sebagai juruaudit Syarikat dan untuk membenarkan para Pengarah menetapkan imbuhan mereka. (RESOLUSI 8) 7. Untuk menjalankan sebarang urusan lain Syarikat di mana notis sewajarnya akan diberi menurutTataurusan Pertubuhan Syarikat dan Akta Syarikat, 1965. NOTIS KELAYAKAN DIVIDEN DAN PEMBAYARAN NOTIS DENGAN INI DIBERIKAN BAHAWA tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang ke-Lima (5) yang akan diadakan pada 26 Jun 2013, satu dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham biasa, di bawah sistem satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 akan dibayar pada 12 Julai 2013 kepada pemegang saham. Tarikh kelayakan untuk dividen tersebut ialah pada 27 Jun 2013. NOTIS JUGA DIBERIKAN BAHAWA pendeposit akan layak untuk menerima kelayakan dividen tersebut hanya bagi: i. Saham yang dipindahkan ke dalam akaun sekuriti Pendeposit sebelum jam 4.00 petang pada 27 Jun 2013 bagi pemindahan biasa; dan ii. Saham yang dibeli dari Bursa Malaysia Securities Berhad atas asas kelayakan menurut Peraturan Bursa Malaysia Securities Berhad. ATAS PERINTAH LEMBAGA PENGARAH IDA SURYATI DATUK ABDUL RAHIM (LS 0009477) Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur 4 Jun 2013

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=