FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 133 • Group Internal Audit (GIA) Group Internal Audit is an independent function, which reports functionally to the Audit Committee and administratively to the Group President. Its work practices are governed by the Group Internal Audit Charter. GIA plans its activities by placing priority levels of each operation of the Group based on its performance and risks in meeting the Group’s objectives. The reviews performed by GIA are aimed at assisting the Audit Committee and the Board to assess the design and operating effectiveness of the system of risk management and internal controls. GIA plays a pivotal role in improving the effectiveness of risk management, control and governance processes of the Group’s operations through its recommendations for improvement in internal controls and consulting services on related matters. Built into the audit process is also a process of follow-up of the implementation of recommendations of major issues reported to the Audit Committee to ensure improvement actions are taken. Based on the follow-up conducted during the year, actions have been taken towards improvements in the related areas. REVIEW OF THE STATEMENT BY EXTERNAL AUDITORS As required by Paragraph 15.23 of the Bursa Malaysia Securities Berhad Main Market Listing Requirements, the external auditors have reviewed this Statement on Risk Management and Internal Control. Their review was performed in accordance with Recommended Practice Guide (RPG) 5 issued by the Malaysian Institute of Accountants. RPG 5 does not require the external auditors to form an opinion on the adequacy and effectiveness of the risk management and internal control systems of the Group. CONCLUSION Based on the processes taken through the Board and its Committees during the financial year and assurance provided by the Group President and Chief Financial Officer, the Board is of the view that the risk management and internal control system as described in this Statement is operating adequately and effectively, in all material aspects, to mitigate the Group’s major risks. There is continual focus on measures to protect shareholder value and business sustainability. This statement is made in accordance with a resolution of the Board of Directors dated 24 April 2013. • Audit Dalaman Kumpulan (GIA) Audit Dalaman Kumpulan adalah satu fungsi bebas yang memberi laporan kepada Jawatankuasa Audit dan dari segi pentadbiran kepada Presiden Kumpulan. Amalan kerjanya ditadbir urus oleh Piagam Audit Dalaman Kumpulan. GIA merancang aktivitinya dengan meletakkan tahap keutamaan setiap operasi Kumpulan berdasarkan prestasi dan risiko dalam mencapai objektif Kumpulan. Kajian yang dilakukan oleh GIA adalah bertujuan untuk membantu Jawatankuasa Audit dan Lembaga Pengarah menilai reka bentuk dan keberkesanan operasi sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman. GIA memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan proses-proses pengurusan risiko, kawalan dan urus tadbir operasi Kumpulan menerusi cadangan-cadangan penambahbaikan bagi kawalan dalaman dan khidmat rundingan mengenai perkara-perkara berkaitan. Terangkum dalam proses audit ini juga adalah satu proses susulan ke atas pelaksanaan cadangan isu-isu utama yang dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit bagi memastikan tindakan penambahbaikan telah diambil. Berdasarkan susulan yang dijalankan pada tahun ini, tindakan telah diambil ke arah peningkatan bidang-bidang berkaitan. SEMAKAN PENYATA OLEH JURUAUDIT LUAR Seperti yang dikehendaki oleh Perenggan 15.23 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, juruaudit luar telah menyemak Penyata Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman ini. Semakan mereka dijalankan selaras dengan Panduan Amalan yang Disyorkan (RPG) 5 yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia. RPG 5 tidak memerlukan juruaudit luar untuk membentuk pendapat mengenai kecukupan dan keberkesanan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman Kumpulan. KESIMPULAN Berdasarkan proses yang diambil menerusi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa- jawatankuasa sepanjang tahun kewangan serta jaminan yang disediakan oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan, Lembaga Pengarah berpendapat bahawa sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman seperti yang dinyatakan dalam Penyata ini adalah beroperasi dengan secukupnya dan berkesan, bagi semua aspek penting, dalam mengurangkan risiko-risiko utama Kumpulan. Terdapat tumpuan berterusan ke atas langkah-langkah untuk melindungi nilai pemegang saham dan kemampanan perniagaan. Penyata ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 24 April 2013.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=