FGV Annual Report 2012
122 Felda Global Ventures Holdings Berhad Annual Report FGV’s Annual Report 2012 is its first annual report produced since its listing on Bursa Malaysia on 28 June 2012. The Annual Report provides a comprehensive report on the Group’s operations and financial performance. The annual reports are also printed in summary form together with a digital version of the annual report in CD-ROM format. An online version of the Annual Report is also available on FGV’s corporate website. Media Coverage Media coverage on the Group and senior management, either through print media or television coverage, is also initiated proactively at regular intervals to provide wider publicity and improve the general understanding of the Group’s business among investors and the public. GENERAL MEETINGS The Group’s Extraordinary General Meetings (EGM) and Annual General Meetings (AGM) represent the primary platforms for direct two-way interaction between the shareholders, Board and management of the Group. FGV’s first AGM since its listing date to be held on 26th June 2013 will act as a principal forum for dialogue with all shareholders. They are encouraged and will be given sufficient opportunity to enquire about the Group’s activities and prospects as well as to communicate their expectations and concerns. Shareholders are encouraged to participate in the Question and Answer session on the resolutions to be proposed or about the Group’s operations in general. Shareholders who are unable to attend are allowed to appoint proxies in accordance with the Company’s Articles to attend and vote on their behalf. The Chairman and the Board members are in attendance to provide clarification on shareholders’queries. DIVIDEND POLICY The Company presently adopts a dividend pay-out ratio of at least 50 percent of its profit after tax (PAT) attributable to shareholders excluding non-recurring income. The dividend policy also takes into consideration the level of cash, gearing, return on equity and retained earnings, expected financial performance, projected levels of capital expenditure and other investment plans and working capital requirements, general financial condition, contractual obligations and other factors considered relevant by the Board. As the Company is an investment holding company, its income and therefore its ability to pay dividends is dependent upon the dividends received from its subsidiaries, which in turn would depend on the subsidiaries’ distributable profits, operating results, financial condition, capital expenditureplans and other factors deemed relevant. Whilst the dividend policy reflects the Board’s current views on FGV Group’s financial and cash flow position, the dividend policy will be reviewed from time to time. It is the policy of the Board, in recommending dividends, to allow shareholders to participate in the Company’s profit, as well as to retain adequate reserves for future growth. Statement on Corporate Governance Penyata Tadbir Urus Korporat Laporan Tahunan Laporan Tahunan 2012 FGV adalah laporan tahunan yang pertama dihasilkan sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012. Laporan Tahunan ini menyediakan laporan komprehensif mengenai operasi dan prestasi kewangan Kumpulan. Laporan tahunan ini juga dicetak dalam bentuk ringkas berserta versi digital dalam bentuk CD-ROM. Versi dalam talian juga boleh didapati di laman web korporat FGV. Liputan Media Liputan media untuk Kumpulan dan pengurusan kanan, samada menerusi media cetak atau liputan televisyen, juga telah dilaksanakan secara proaktif dalam selamasa yang tetap untuk memberi publisiti yang lebih luas dan meningkatkan pemahaman am mengenai perniagaan Kumpulan di kalangan pelabur dan orang ramai. MESYUARAT AGUNG Mesyuarat Agung Luar Biasa Kumpulan (EGM) dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) merupakan platform utama untuk interaksi dua hala secara langsung antara pemegang saham, Lembaga Pengarah dan pengurusan Kumpulan. AGM pertama FGV sejak tarikh penyenaraiannya yang akan diadakan pada 26 Jun 2013 akan bertindak sebagai forumutama bagi dialog dengan semua pemegang saham. Mereka digalakkan dan akan diberi peluang yang mencukupi untuk bertanya mengenai aktiviti dan prospek Kumpulan selain menyampaikan harapan dan kebimbangan mereka. Pemegang saham digalakkan untuk mengambil bahagian dalam sesi Soal Jawab mengenai resolusi yang akan dicadangkan atau mengenai operasi Kumpulan secara umum. Pemegang saham yang tidak dapat hadir dibenarkan melantik proksi menurut Tataurusan Syarikat untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak mereka. Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah hadir untuk memberikan penjelasan terhadap pertanyaan para pemegang saham. DASAR DIVIDEN Syarikat kini menggunapakai nisbah dividen pembayaran pada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keuntungan selepas cukai (PAT) milik para pemegang saham tidak termasuk pendapatan tidak berulang. Dasar dividen juga mengambilkira tahap tunai, penggearan, pulangan ke atas ekuiti dan pendapatan tersimpan, prestasi kewangan yang dijangkakan, unjuran tahap perbelanjaan modal serta lain-lain rancangan pelaburan dan keperluanmodal kerja, keadaan kewangan umum, obligasi kontrak dan faktor-faktor lain yang dianggap berkaitan oleh Lembaga Pengarah. Oleh kerana Syarikat adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan, pendapatan dan keupayaannya untuk membayar dividen adalah bergantung kepada dividen yang diterima daripada anak-anak syarikat, yang mana pula bergantung kepada keuntungan boleh diagihkan, keputusan operasi, keadaan kewangan, pelan perbelanjaan modal anak-anak syarikat terbabit dan faktor-faktor lain yang difikirkan berkaitan. Walaupun dasar dividen mencerminkan pandangan terkini Lembaga Pengarah mengenai kedudukan kewangan dan aliran tunai Kumpulan FGV, dasar dividen itu akan dikaji semula dari masa ke semasa. Adalah menjadi amalan Lembaga Pengarah, dalam mengesyorkan dividen, untuk membenarkan pemegang saham mengambil bahagian dalam keuntungan Syarikat, selain mengekalkan rizab yang mencukupi untuk pertumbuhan masa hadapan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=