FGV Annual Report 2012
110 Felda Global Ventures Holdings Berhad Statement on Corporate Governance Penyata Tadbir Urus Korporat The total Directors’ remuneration analysed in the band of RM50,000.00 for the financial year 2012 are as follows : RANGE OF REMUNERATION PER ANNUM NUMBER OF DIRECTORS EXECUTIVE NON-EXECUTIVE # RM1 to RM50,000 – 1 RM50,001 to RM100,000 – 3 RM150,001 to RM200,000 – 3 * RM200,001 to RM250,000 – 1 RM250,001 to RM300,000 – 1 RM750,001 to RM800,000 – 1 RM1,850,001 to RM1,900,000 1 – TOTAL ** 1 9 # Excluding Alternate Director. * Including Dr Mohd Emir Mavani Abdullah, who was a Non-Independent Non-Executive Director of FGV during the financial year 2012 and was re-designated as Non-Independent Executive Director on 1 January 2013. The total remuneration received by Dr Mohd Emir Mavani Abdullah refers to his remuneration when he was holding the position as a Non-Independent Non-Executive Director in 2012. BOARD COMMITTEES The Board of Directors delegates certain of its governance responsibilities to the following Board Committees, which operate within clearly defined terms of references, primarily to assist the Board in discharging its responsibilities. Although the Board has granted such discretionary authorities to these Board Committees to deliberate and decide on certain key and operational matters, the ultimate responsibility for final decision on all matters lies with the entire Board. The Board currently has five (5) main Board Committees as follows: (a) Audit Committee (b) Nomination Committee (c) Remuneration Committee (d) Investment Committee (e) Board Steering Committee Jumlah imbuhan para Pengarah yang dianalisis dalam jalur RM50,000.00 untuk tahun kewangan 2012 adalah seperti berikut: JULAT IMBUHAN SETIAP SETAHUN BILANGAN PENGARAH EKSEKUTIF BUKAN EKSEKUTIF # RM1 hingga RM50,000 – 1 RM50,001 hingga RM100,000 – 3 RM150,001 hingga RM200,000 – 3 * RM200,001 hingga RM250,000 – 1 RM250,001 hingga RM300,000 – 1 RM750,001 hingga RM800,000 – 1 RM1,850,001 hingga RM1,900,000 1 – JUMLAH ** 1 9 # Tidak termasuk Pengarah Gantian. * Termasuk Dr Mohd Emir Mavani Abdullah, yang merupakan seorang Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas FGV semasa tahun kewangan 2012 dan telah dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Januari 2013. Jumlah imbuhan yang diterima oleh Dr Mohd Emir Mavani Abdullah merujuk kepada imbuhan beliau ketika memegang jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada tahun 2012. JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah menugaskan beberapa tanggungjawab tadbir urusnya kepada Jawatankuasa Lembaga Pengarah berikut, yang beroperasi dalam terma-terma rujukan yang ditakrif dengan jelas, terutamanya untuk membantu Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Walaupun Lembaga Pengarah telah memberi kuasa budi bicara kepada Jawatankuasa Lembaga Pengarah untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai beberapa perkara-perkara utama dan operasi, tanggungjawab untuk membuat keputusan mutlak berkaitan semua perkara adalah terletak kepada Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah kini mempunyai lima (5) Jawatankuasa Lembaga Pengarah utama seperti berikut: (a) Jawatankuasa Audit (b) Jawatankuasa Pencalonan (c) Jawatankuasa Imbuhan (d) Jawatankuasa Pelaburan (e) Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pengarah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=