FGV Annual Report 2013

Dato’ Khairil Anuar Haji Aziz, aged 47, a Malaysian, was appointed as Group Chief Operating Officer (Domestic Business Operations) of FGV and Deputy Managing Director of Felda Holdings Bhd on 1 November 2012. He graduated from Coventry University, England in 1993, with a BA (Hons) in Business Administration majoring in Marketing Management. He started his career as a Systems Analyst at the Resource Management Division at the National Health Service (NHS) in Wakefield, England and began his career in Malaysia in 1994 as a Renong Management Trainee with Renong Group Berhad. He held several positions in Renong Group of Companies namely United Engineers Malaysia Berhad (UEM), Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) and Time Engineering Berhad (TEB), that were involved in the Construction, Manufacturing, Logistics & Distribution, Business Development and ICT sectors. He left the Renong Group of Companies to assume a Senior Management position in JARING Communications Sdn Bhd (a subsidiary of MIMOS Berhad) before being appointed as Chief Executive Officer of MLABS Systems Berhad (an associate company of Universiti Sains Malaysia) and successfully listed the company on Bursa Malaysia Securities Berhad. He was later appointed by SCAN Associates Berhad as its Director, International Business and Chief Marketing Officer, prior to its listing on Bursa Malaysia Securities Berhad, responsible for the ICT Security Solutions and Consultancy for domestic and international markets. He was the Executive Chairman of GSSB Consulting Sdn Bhd which specialises in various Human Capital Development, Corporate Strategy and Change Management, before joining FGV. He is a member of the Industry Advisory Panel (IAP) of Universiti Sains Malaysia (USM) and is also an appointed panel member of Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF), which voluntarily advises on strategic direction on the social and economic development of the Felda community, under the purview of the SERANTA Felda, Prime Minister’s Department. He is a Non-Executive Director of Sinergi Perdana Sdn Bhd (a consortium formed by Felda, the Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA), Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA), under the auspices of the Ministry of Rural & Regional Development and Prime Minister’s Department). He also holds directorships in several subsidiary companies and associated companies of FGV. Dato’ Khairil Anuar Haji Aziz, berusia 47 tahun, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi Perniagaan Dalam Negeri) FGV dan Timbalan Pengarah Urusan Felda Holdings Bhd pada 1hb November 2012. Beliau berkelulusan dari Coventry University, England pada tahun 1993, dengan memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pengurusan Pemasaran. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penganalisis Sistem di Bahagian Pengurusan Sumber di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Wakefield, England dan memulakan kerjaya beliau di Malaysia pada tahun 1994 sebagai Pelatih Pengurusan Renong dengan Renong Group Berhad. Beliau memegang beberapa jawatan dalam Kumpulan Syarikat Renong iaitu United Engineers Malaysia Berhad (UEM), Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan Time Engineering Berhad (TEB) yang terlibat dalam industri Pembinaan, Pengilangan, Logistik & Pengedaran, Pembangunan Perniagaan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Beliau meninggalkan Kumpulan Syarikat Renong untuk memegang jawatan Pengurusan Kanan JARING Communications Sdn Bhd (anak syarikat MIMOS Berhad) sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MLABS Systems Berhad, (sebuah syarikat bersekutu Universiti Sains Malaysia) dan berjaya menyenaraikan syarikat tersebut di Bursa Malaysia Securities Berhad. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Pengarah, Perniagaan Antarabangsa dan Ketua Pegawai Pemasaran SCAN Associates Berhad sebelum penyenaraiannya di Bursa Malaysia Securities Berhad dan bertanggungjawab bagi Penyelesaian Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Perundingan untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Beliau kemudianya menjawat jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif GSSB Consulting Sdn Bhd yang terlibat khusus dalam pelbagai bidang Pembangunan Modal Insan, Strategi Korporat dan Pengurusan Perubahan, sebelum menyertai FGV. Beliau adalah Panel Penasihat Industri (IAP) Universiti Sains Malaysia dan juga merupakan ahli panel yang dilantik dalam Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF), di bawah bidang kuasa SERANTA Felda, Jabatan Perdana Menteri yang secara sukarela menasihatkan tentang halatuju strategik pembangunan sosial dan ekonomi komuniti Felda. Beliau adalah seorang Pengarah Bukan-Eksekutif di Sinergi Perdana Sdn Bhd (satu konsortium syarikat milik Felda, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah serta Jabatan Perdana Menteri). Beliau juga memegang jawatan pengarah di beberapa anak syarikat dan syarikat bersekutu FGV. Dato’ Khairil Anuar Haji Aziz Group Chief Operating Officer (Domestic Business Operations) Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi Perniagaan Dalam Negeri) Felda Global Ventures Holdings Berhad 87

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=