FGV Annual Report 2013

Fazlur Rahman Ebrahim Independent Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Fazlur Rahman Ebrahim, a Malaysian, aged 59, was appointed to the Board on 15 March 2014 as Independent Non-Executive Director of FGV. He is also the Chairman of the Audit Committee and a member of the Board Steering Committee for the Fund Raising Exercise. He is the former Managing Director of Prokhas Sdn Bhd, a company wholly owned by the Minister of Finance, Incorporated. He is currently the Corporate Advisor of Johor Corporation and sits on the Board of Securities Commission Malaysia, Pelaburan Hartanah Berhad, Permodalan Felda Sdn Bhd, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit and Dana Amal Jariah. He is also a member of the Shariah Council of BNP Paribas Malaysia Berhad, the Audit Committee of Razak School of Government and Investment Committee of Majlis Amanah Rakyat. He has also served as Chief Executive Officer of Bank Muamalat Malaysia Berhad, Chief Operating Officer of Bank Islam Malaysia Berhad and a Non-Executive Director of Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Malaysia Debt Ventures Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad and Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. He holds a Bachelor’s Degree in Business Administration (BBA) from Ohio University, Athens, United States of America and a Master Degree in Business Administration (MBA) majoring in Finance from Universiti Kebangsaan Malaysia. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Fazlur Rahman Ebrahim, warganegara Malaysia, berusia 59 tahun, dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV pada 15hb Mac 2014. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Pemandu bagi Langkah Pengumpulan Dana Lembaga Pengarah. Beliau adalah bekas Pengarah Urusan Prokhas Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Kini beliau merupakan Penasihat Korporat Johor Corporation dan adalah ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pelaburan Hartanah Berhad, Permodalan Felda Sdn Bhd, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Dana Amal Jariah. Beliau juga adalah seorang ahli Majlis Syariah BNP Paribas Malaysia Berhad, Jawatankuasa Audit Razak School of Government dan Jawatankuasa Pelaburan Majlis Amanah Rakyat. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Ketua Pegawai Operasi Bank Islam Malaysia Berhad dan Pengarah Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Export- Import Bank of Malaysia Berhad, Malaysia Debt Ventures Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) daripada Ohio University, Athens, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan pengkhususan dalam Kewangan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan sebarang Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun lepas. BOARD OF DIRECTORS Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad 82

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=