FGV Annual Report 2013

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Malaysian, aged 61, was appointed as Non-Independent Non-Executive Director of FGV on 12th August 2012 and was re-designated as Independent Non-Executive Director on 24th April 2013. He is also the Chairman of the Board Governance & Risk Management Committee and Board Steering Committee for the Fund Raising Exercise and also a member of the Steering Committee for Project MI. He holds a Bachelor of Economics (Honours) Degree in Applied Economics from University of Malaya and a Masters of Philosophy in Development Studies from the Institute of Development Studies, University of Sussex, United Kingdom (UK). He obtained a Ph.D. in Economics from School of Business and Economic Studies, University of Leeds, UK. In 2004, he attended the Advanced Management Programme at Harvard Business School, Harvard University. He began his career in the Administrative and Diplomatic Service as Assistant Director, Economic Planning Unit (EPU) in the Prime Minister’s Department in 1975. He was later promoted to the position of Senior Assistant Director, Macro-Economics in 1984, Senior Assistant Director, Human Resource Section and Director, Energy Section in 1988. In the same year, he was seconded to the World Bank Group in Washington DC, United States of America as Alternate Executive Director. He then served the Ministry of Finance (MOF) as Deputy Secretary in the Economics and International Division in 2001. He later returned to EPU in the Prime Minister’s Department as Deputy Director General, Macro Planning Division, in 2004. In 2005, he was appointed Deputy Secretary General of Treasury (Policy), MOF and later on as the Secretary General of Treasury, MOF, a position he held until August 2012. He is currently the Chairman of Malaysia Airports Holdings Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad and Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. He currently sits on the boards of Permodalan Nasional Berhad, Sime Darby Berhad, RAM Holdings Berhad and also sits as a Board member of a subsidiary within Felda Global Ventures Group of Companies. He attended 16 out of 19 Board Meetings held during the financial year under review. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, berusia 61 tahun, warganegara Malaysia, dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 12hb Ogos 2012 dan dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 24hb April 2013. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pengarah bagi Langkah Pengumpulan Dana dan juga ahli Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam Ekonomi Gunaan daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Kajian Pembangunan daripada Institute of Development Studies, University of Sussex, United Kingdom (UK). Beliau memperoleh ijazah Ph.D. dalam bidang ekonomi daripada School of Business and Economic Sudies, University of Leeds, UK. Pada tahun 2004, beliau mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University. Beliaumemulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebagai Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1975. Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pengarah Kanan, Ekonomi Makro pada tahun 1984, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Sumber Manusia dan Pengarah, Seksyen Tenaga pada tahun 1988. Pada tahun yang sama, beliau dipinjamnkan ke Kumpulan Bank Dunia di Washington DC, Amerika Syarikat sebagai Pengarah Eksekutif Gantian. Kemudian beliau berkhidmat di KementerianKewangan (MOF) sebagai Timbalan Setiausaha di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa pada tahun 2001. Selepas itu, beliau kembali semula ke EPU di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan Makro pada tahun 2004. Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), MOF dan kemudian sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF, jawatan yang beliau sandang sehingga bulan Ogos 2012. Sekarang beliau merupakan Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. Beliau juga adalah lembaga pengarah Permodalan Nasional Berhad, Sime Darby Berhad, RAM Holdings Berhad dan ahli Lembaga Pengarah sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Felda Global Ventures. Beliau menghadiri 16 daripada 19 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan yang ditinjau. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan sebarang Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun lepas. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah Independent Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Felda Global Ventures Holdings Berhad 73

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=