FGV Annual Report 2013

Since 1999, Felda Foundation has been operating a haemodialysis centre providing subsidised care to the lower income population. The Foundation has donated 50 dialysis machines to government hospitals, clinics and treatment centres operated by non-governmental organisations. In collaboration with the National Cancer Council Malaysia, the Foundation also operates a mobile clinic offering general health screening and breast cancer screening as a public service. In the field of research and development, Felda Foundation has disbursed some 80 grants worth a total of RM14.75 million to sponsor a total of 32 research projects that benefits the industry and nation. An employer of choice. FGV aspires to be an employer of choice. As a progressive and equal opportunity employer, we thrive on meritocracy, empowering women who make up 10 percent of the Group’s management and rewarding individuals based on their knowledge, experience, capability and contributions to the Group. The management of health and safety of our employees remains a paramount concern and in 2013, we reviewed our Plantation Safety Manual to ensure compliance with the Malaysian Occupational Safety Standard (MS 1722). By 2017, our target is to have a qualified Plantation Safety Supervisor at all our estates. An appropriately qualified workforce is vital to the ongoing success of our business and we remain attentive to their career needs. A wide range of technical, leadership development and capacity-building programmes has been designed for staff at all levels. Human Capital Development Group is responsible for the Group’s internal training programmes in collaboration with UiTM and the Incorporated Society of Planters. Several proactive measures have been initiated to ensure a qualified talent pool. Each year, fresh graduates and final year students are given the opportunity to undergo on-the-job training at our subsidiaries and associate companies. We have also developed a study-at-work ACCA/ CIMA/ ICAEW certification programme to groom a cadre of accounting professionals. In addition, FGV has established a scholarship to give high achievers an opportunity to further their education in the relevant fields at some of the world’s most prestigious and highly rated universities. Since the inception of this programme in 2006, we have sponsored 40 students in the field of biotechnology, mechanical engineering, accounting and finance amongst others. Currently, 12 of them have graduated and works with the Group. The shift towards higher value-added activities calls for a larger pool of top talent. We have in place a succession planning programme, whereby high potential staff are identified to undergo intensive leadership development training. In 2013, the first batch of candidates under the 47 Green Talent and Global Leaders programmes graduated with their Diploma and Executive Masters qualifications. Sejak tahun 1999, Yayasan Felda telahmengendalikan pusat haemodialisis yang menyediakan penjagaan bersubsidi kepada penduduk yang berpendapatan rendah. Yayasan ini telah mendermakan 50 buah mesin dialisis kepada hospital-hospital kerajaan, klinik dan pusat rawatan yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan. Dengan kerjasama Majlis Kanser Negara Malaysia, Yayasan ini juga mengendalikan sebuah klinik bergerak yang menawarkan pemeriksaan kesihatan umum dan pemeriksaan barah payu dara sebagai perkhidmatan untuk orang ramai. Dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, Yayasan Felda telah mengeluarkan 80 geran dengan jumlah RM14.75 juta bagi menaja sebanyak 32 projek penyelidikan yang memberi manfaat kepada industri dan negara. Majikan Pilihan. FGV beriltizam untuk menjadi majikan pilihan. Sebagai majikan yang progresif dan saksama, kami berkembang mengikut merit, memberi peluang kepada wanita untuk membentuk 10 peratus daripada pengurusan Kumpulan dan memberi ganjaran kepada individu berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, kemampuan dan sumbangan mereka kepada Kumpulan. Pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerja juga diberi perhatian utama oleh kami. Pada 2013, kami telah mengkaji Panduan Keselamatan Perladangan kami bagi memastikan ia mematuhi Piawaian Keselamatan Pekerjaan Malaysia (MS1722). Sasaran kami menjelang 2017 adalah untuk mempunyai seorang Penyelia Keselamatan Ladang di kesemua ladang kami . Tenaga kerja yang mempunyai kelayakan yang sesuai amat penting dalam menentukan kejayaan perniagaan kami dan kerjaya mereka akan terus diberi perhatian. Pelbagai jenis program teknikal, pembangunan kepimpinan dan pembinaan kapasiti telah dirangka untuk kakitangan kami di semua peringkat. Bahagian Pembangunan Modal Insan Kumpulan bertanggungjawab terhadap program latihan dalaman dengan kerjasama UiTM dan Persatuan Pertubuhan Peladang. Beberapa langkah proaktif telah diambil untuk memastikan Kumpulan mempunyai kumpulan bakat yang berkelayakan. Setiap tahun ramai lepasanuniversiti dan penuntut tahun akhir diberi peluang untukmenjalani latihan sambil kerja di anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu kami. Kami juga telah membangunkan program inovatif belajar sambil bekerja peringkat sijil ACCA/CIMA/ICAEW yang pertama di Malaysia bagi mewujudkan kumpulan akauntan profesional. Di samping itu, FGV juga telah mewujudkan biasiswa untuk memberi peluang kepada para pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang berkaitan di sesetengah universiti terkemuka dan bertaraf tinggi di dunia. Sejak program ini ditubuhkan pada tahun 2006, kami telah menaja sebanyak 40 orang pelajar dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan mekanikal, perakaunan dan kewangan antara lainnya. Seramai 12 daripadanya kini telah menamatkan pengajian dan bertugas di dalam Kumpulan. Perubahan terhadap kegiatan bernilai tambah yang lebih tinggi memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang berbakat. Kami menyediakan program perancangan penggantian di mana kakitangan berpotensi tinggi dikenal pasti untuk mengikuti latihan pembangunan kepimpinan intensif. Pada 2013, kumpulan pertama calon di bawah program 47 ‘Green Talent and Global Leaders’ telahmenamatkan kursus mereka dengan kelayakan Diploma dan Sarjana Eksekutif mereka. corporate social responsibility Tanggungjawab SOSIAL Korporat Felda Global Ventures Holdings Berhad 52

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=