FGV Annual Report 2013

Komitmen Kumpulan terhadap kecemerlangan kualiti ditampilkan dalam pelbagai pensijilan yang dicapai oleh MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM). Selain daripada pensijilan pengurusan kualiti daripada SIRIM dan ISO, produk MSM turut diberi persijilan halal dan kosher. MSM juga diakreditasi kepada sistem Hazard Analysis and Critiical Control Point (HACCP) , yang mana kaedah jaminan keselamatan makanannya diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa. Pada 2013, MSM telah dianugerahi Pensiijilan Sistem Keselamatan Makanan (Food Safety System Certification FSCC: 2200) sebagai pengiktirafan terhadap piawaian keselamatan makanannya yang ketat dalam proses pengeluaran. Penyelidikan dan Pembangunan. Tidak perlu dipersoalkan lagi bahawa kelebihan daya saingan FGV terletak pada keunggulan keupayaan penyelidikan dan pembangunannya (R&D). Melalui Felda Agriculture Services Sdn Bhd (FASSB), Kumpulan merupakan peneraju industri dalam pelbagai keupayaan R&D. Hasil sokongan pengalaman selama 40 tahun, kami menghasilkan bahan perladangan kelapa sawit yang memenangi anugerah untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeluar unggul di negara ini. FASSBmengeluarkankira-kira 60 juta biji benih kelapa sawit dan kira-kira satu juta ramet (bahan berklon) setiap tahun. Jenama Felda Yangambi kami menguasai 35 peratus daripada pasaran bahan penanaman. Di samping kaedah pembenihan tradisional, FASSB turut menafaatkan kultur tisu di kemudahan penyelidikannya di Nilai, Negeri Sembilan. Ia bercadang untuk memperkenalkan bahan penanaman hibrid baharu yang melibatkan gabungan tiga hala bahan elit. Selain daripada kejayaan saintifik termasuk dalampenanda gen bagi Ganoderma, penyakit akar basal bagi pokok kelapa sawit, FASSB juga menyokong proses hiliran Kumpulan melalui peningkatan formulasi dan pembangunan produk. Pemboleh perlaksanaan. Dalam merangka strategi kami untuk mempercepatkan peningkatan, kami juga telah mengenalpasti pemboleh perlaksanaan utama antara lain seperti komunikasi, disiplin pengurusan, kualiti tadbir urus, proses membuat keputusan berasaskan IT, sistem kewangan dan perancangan serta pengenalan program pengurusan perubahan. Dalam memupuk pertumbuhan berciri transformasi, satu strategi komunikasi berkesan amat penting untuk melibatkan pemegang kepentingan, sama ada dalaman mahupun luaran. Komunikasi kakitangan akan dipertingkatkan di seluruh kumpulan untuk memenangi hati dan sokongan seluruh warga kerja berhubung pelbagai projek transformasi dan perubahan organisasi yang akan berlaku serentak. PENGHARGAAN Sememangnya diakui cara untuk mencapai kejayaan adalah melalui warga kerja kami dan saya berbesar hati kerana berkesempatan berkhidmat dengan pasukan yang hebat ini. Modal insan kami adalah sumber utama kelebihan daya saingan dan dalam waktu yang mencabar ini, pengurusan dan warga kerja kami patut dipuji atas sikap profesionalisme, kebolehan menyesuaikan diri dan dedikasi mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda sekalian. Tidak syak lagi kita mampu mengharungi apa jua rintangan. Kita sedar cabaran getir menanti di hadapan, tetapi kita perlu melihat cabaran ini sebagai satu peluang – iaitu peluang untuk berubah daripada struktur tradisi yang semakin kurang berkesan, kepada pendekatan yang lebih berdorongan komersial sesuai dengan persekitaran dinamik perniagaan masa kini, membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif, meluaskan liputan di peringkat antarabangsa dan tidak kurang pentingnya peluang untuk mencipta nilai seterusnya untuk para pemegang saham kami. Cabaran ini pasti akan mempertingkatkan sempadan keupayaan kami, khususnya bagi modal insan yang akan memainkan peranan utama dalam membentuk halatuju masa depan korporat kami. Walau bagaimanapun, saya berasa yakin bahawa cabaran ini akan mendorong sumber manusia kami bergerak ke hadapan, berganding bahu sebagai sebuah pasukan dan mencipta sinergi inovatif bagi menikmati masa depan yang lebih gemilang. FGV kini berada di ambang masa depan baharu yang lebih gemilang. Modal insan kami perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam melakar kejayaan bersejarah bagi salah sebuah korporat yang terunggul di Malaysia. Kami terhutang budi kepada para peneroka asal yang telah membolehkan kami berada pada kedudukan sekarang. Namun, yang lebih utama kami juga merupakan sebahagian daripada kejayaan tersebut. Terima Kasih. Mohd Emir MAVANI ABDULLAH Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Berhad 47

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=