FGV Annual Report 2013
Pendedahan tambahan PENGGUNAAN HASIL PEROLEHAN Perolehan kasar yang diterima daripada Tawaran Awam Awal berjumlah RM4,459 juta selaras dengan penyenaraian Syarikat di Pasaran Utama Bursa Sekuriti pada 28 Jun 2012, telah digunakan pada 31 Disember 2013 dalam cara berikut: BUTIRAN PENGGUNAAN HASIL PEROLEHAN ANGGARAN JANGKA MASA PENGGUNAAN SELEPAS PENYENARAIAN RM’000 JUMLAH DIGUNAKAN SETAKAT 31 DISEMBER 2013 RM’000 BAKI HASIL PEROLEHAN IPO SETAKAT 31 DISEMBER 2013 RM’000 Pengambilalihan aset perladangan dalam tempoh 3 tahun 2,190,000 (1,220,176) 969,824 Pengambilalihan selektif perniagaan minyak dan lelemak, pembuatan dan logistik dalam tempoh 3 tahun 840,000 (840,000) – Pembinaan atau pengambilalihan kilang dan loji penapisan dalam tempoh 3 tahun 780,000 (450,832) 329,168 Bayaran balik pinjaman bagi operasi luar negara dalam tempoh 6 bulan 260,000 (260,000) – Perbelanjaan modal bagi peningkatan kecekapan serta lanjutan keupayaan dalam tempoh 2 tahun 100,000 (69,330) 30,670 Keperluan modal kerja, tujuan korporat am dalam tempoh 6 bulan 129,000 (129,000) – Anggaran perbelanjaan penyenaraian dalam tempoh 6 bulan 160,000 (160,000) – Jumlah Kasar Hasil Perolehan 4,459,000 (3,129,338) 1,329,662 BELIAN BALIK SAHAM Syarikat tidak membuat sebarang cadangan untuk pembelian balik saham pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. OPSYEN, WARAN ATAU SEKURITI BOLEH TUKAR Syarikat tidak menerbitkan sebarang opsyen, waran atau sekuriti boleh tukar pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Program Penerimaan DepositORI Syarikat tidak menaja sebarang program penerimaan deposit pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. SEKATAN DAN/ATAU PENALTI PENTING Tidak ada sekatan dan/atau penalti penting yang dikenakan ke atas Syarikat, anak-anak syarikatnya, para Pengarah atau Pengurusannya, oleh badan-badan kawal selia yang berkaitan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. YURAN BUKAN AUDIT Jumlah yuran bukan audit yang ditanggung bagi perkhidmatan yang diberi kepada Kumpulan dan Syarikat oleh juruaudit luar, PricewaterhouseCoopers (PwC) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 berjumlah RM3.40 juta. PERUBAHAN DALAM KEPUTUSAN Tiada anggaran keuntungan, ramalan atau unjuran yang dibuat atau disiarkan oleh Syarikat pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. JAMINAN KEUNTUNGAN Tiada sebarang jaminan keuntungan yang telah diberikan oleh Syarikat pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. KONTRAK PENTING Selain daripada yang dinyatakan di dalam penyata kewangan, tiada kontrak penting termasuk kontrak yang berkaitan dengan mana-mana pinjaman telah dimeterai oleh Syarikat dan anak-anak syarikatnya yang melibatkan kepentingan para Pengarah dan pemegang saham utama. DASAR PENILAIAN SEMULA Syarikat tidak mempunyai dasar penilaian semula ke atas harta tanahnya. Felda Global Ventures Holdings Berhad 457
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=