FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 447 53 URUS NIAGA PIHAK BERKAITAN PENTING Di samping pendedahan pihak berkaitan yang dinyatakan dalam bahagian lain penyata kewangan ini, dinyatakan di bawah ini urus niaga dan baki pihak berkaitan penting yang lain. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”), pemegang saham penting Syarikat, memiliki 38.6% (2012: 37%) modal saham terbitan Syarikat. FELDA adalah badan korporat berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956, dan dikawal oleh Kerajaan Malaysia. Kumpulan menganggap bahawa bagi tujuan FRS 124 – “Pendedahan Pihak Berkaitan”, FELDA dan Kerajaan Malaysia adalah berkedudukan yang boleh untuk melaksanakan pengaruh penting ke atasnya. Hasilnya, Kerajaan Malaysia dan badan badan dikawal Kerajaan Malaysia (secara kolektif dirujuk sebagai “entiti-entiti berkaitan kerajaan”) adalah pihak berkaitan bagi Kumpulan dan Syarikat. Selain daripada urus niaga penting berasingan seperti yang dinyatakan dalam Nota 28, 44, 45 53(b)(iii), 53(d)(i) dan 53(f)(ii) kepada penyata kewangan, Kumpulan dan Syarikat secara kolektif dan bukan secara individu, mempunyai urus niaga penting dengan entiti-entiti kerajaan yang lain yang meliputi tetapi tidak terhad kepada berikut: (i) Pembelian barangan dan perkhidmatan, termasuk penggunaan utiliti dan kemudahan awam (ii) Penempatan deposit bank dengan institusi-institusi kewangan berkaitan kerajaan Urus niaga ini dilaksanakan dalam perjalanan lazim perniagaan Kumpulan berasaskan kepada terma komersial secara konsisten selaras menurut dasar dan proses-proses dalaman Kumpulan. Syarat-syarat ini tidak bergantung kepada sama ada pihak berurusan itu adalah entiti- entiti berkaitan kerajaan atau tidak. Pada 27 Disember 2013, FHB telah menjadi anak syarikat milik penuh Syarikat. Pada tahun sebelumnya, FHB adalah sebuah syarikat bersekutu Syarikat. Bagi penyata pendapatan komprehensif yang disatukan Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, urus niaga dengan FHB dan kumpulan syarikatnya dianggap sebagai urus niaga dengan syarikat bersekutu. Bagi penyata kedudukan kewangan disatukan Kumpulan pada 31 Disember 2013, FHB dan kumpulan syarikatnya dianggap sebagai anak syarikat Kumpulan. Pihak-pihak berkaitan dan hubungannya diringkaskan seperti berikut: (i) Anak-anak syarikat Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd. (“FGVPM”) Kilang Gula Felda Perlis Sendirian Berhad (“KGFP”) Felda Global Ventures Perlis Sdn. Bhd. (“FGV Perlis”) Twin Rivers Technologies Holdings, Inc (“TRTH”) Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise De Transformation De Graines Oleagineuses (“TRT ETGO”) Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (“FGVD”) Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (“FGVNA”) Felda Global Ventures Plantations Sdn. Bhd. (“FGVP”) Felda Global Ventures Shared Service Centre Sdn. Bhd. (“FGVSSC”) Felda Global Ventures Kalimantan Sdn. Bhd. (“FGVK”) Felda Holdings Berhad (“FHB”) Pontian United Plantations Berhad (“PUP”) Delima Oil Products Sdn. Bhd. (“DOPSB”) Felda Agricultural Services Sdn. Bhd. (“FASSB”) Felda Kernel Products Sdn. Bhd. (“FKPSB”) Felda Marketing Services Sdn. Bhd. (“FELMA”) Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (“FPISB”) Felda Plantations Sdn. Bhd. (“FPSB”) Felda Prodata Systems Sdn. Bhd. (“FPSSB”) Felda Rubber Industries Sdn. Bhd. (“FRISB”) Felda Security Services Sdn. Bhd. (“FSSSB”) FPM Sdn. Bhd. (“FPMSB”) Felda Vegetable Oil Products Sdn. Bhd. (“FVOPSB”) Felda Travel Sdn. Bhd. (“Felda Travel”) (ii) Entiti-entiti usahasama Bunge ETGO L.P. (“Bunge ETGO”) Felda Iffco Sdn. Bhd. (“FISB”)

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=