FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 438 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 47 PERUNTUKAN PELAN MANFAAT TERTAKRIF Kumpulan mengendalikan pelbagai pelan manfaat persaraan di Malaysia, Thailand dan Indonesia bagi semua kakitangan yang layak. Semua pelan ini adalah pembayaran sekaligus bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan gaji mereka pada tahun-tahun terakhir sehingga persaraan. Oleh kerana pelan manfaat persaraan tidak bertabung, Kumpulan memenuhi obligasi bayaran manfaat ditakrif apabila tiba masanya. Kumpulan Syarikat 2013 2012 2013 2012 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Bukan semasa - Skimmanfaat persaraan 20,399 6,700 101 186 - Skim bantuan perumahan 14,287 12,729 - - 34,686 19,429 101 186 Skim manfaat persaraan adalah pelan manfaat tertakrif gaji akhir dengan jaminan pembayaran sekaligus semasa bersara. Ia masih terbuka kepada peserta baharu. Skim bantuan perumahan pula ialah pelan manfaat ditakrif gaji akhir dengan jaminan pembayaran sekaligus semasa bersara atau pada masa keluar lebih awal melalui persaraan atas sebab kesihatan atau meninggal dunia semasa berkhidmat di Malaysia. Ia masih terbuka kepada peserta baharu. Berikutan pengenalan Akta Usia Persaraan Minimum 2012, Kumpulan telah menaikkan usia persaraan skim manfaat Persaraan ini kepada 60 tahun untuk kakitangan warga Malaysia. Pindaan ini mengakibatkan pengurangan nilai obligasi manfaat sekarang. Pengurangan ini menggambarkan kos perkhidmatan masa lepas yang negatif diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian berjumlah RM2,034,000. Walau bagaimanapun, usia persaraan bagi skim bantuan Perumahan akan kekal pada usia 56 tahun yang akan dibayar apabila mencapai usia 56 tahun, tanpa mengira sama ada kakitangan meneruskan perkhidmatan sehingga usia persaraan minimum 60 tahun atau tidak. Tiada manfaat akan dibayar bagi perkhidmatan dari usia 55 hingga 60 tahun. Pelan manfaat tertakrif bagi anak syarikat di Indonesia dilaksana berdasarkan Undang-undang Buruh Indonesia No. 13/2003, manakala anak syarikat di Thailand pula dilaksana berdasarkan Pelan Pemberhentian Di Sisi Undang-undang di mana syarikat dikehendaki membayar bayaran pemberhentian di sisi undang-undang kepada kakitangan yang meninggalkan pekerjaan apabila mereka mencapai usia persaraan atau diberhentikan oleh syarikat tanpa sebab. Pergerakan jumlah diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada tahun kewangan ini adalah seperi berikut: Kumpulan Syarikat 2013 2012 2013 2012 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Pada 1 Januari 19,429 492 186 24 Pengiktirafan pelan manfaat tertakrif semasa perpindahan kakitangan dari sebuah syarikat berkaitan - 18,645 - - Pengambilalihan anak syarikat 16,026 - - - Dicaj ke keuntungan atau kerugian 563 2,523 (32) 21 Manfaat dibayar (1,544) (3,279) (34) - Ukuran semula 212 1,048 (19) 141 Pada 31 Disember 34,686 19,429 101 186
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=