FGV Annual Report 2013

Ini meliputi terminal minyak sayuran termaju di pelabuhan utama di Malaysia dan merupakan antara kemudahan pukal minyak boleh dimakan terbesar di dunia. Selain itu, kami turut terlibat dalam aktiviti pengeluaran baja dan merupakan pengeluar terbesar di pasaran dalam pengeluaran dan pengedaran lebih 500,000 tan metrik baja berkualiti tinggi dalam setahun. Kami juga mula mengembangkan operasi baja dengan menambah loji baja yang baharu di Pelabuhan Kuantan, Pahang dengan anggaran kapasiti tambahan sebanyak 300,000 tan metrik setahun, yang dijangka akan mula beroperasi pada S3 2014. Syarikat MLO lain terlibat dalam aktiviti penyediaan perkhidmatan kawalan keselamatan, pelancongan dan perhotelan, pengurusan projek dan pembangunan hartanah serta Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi tahun 2013, R&D dan MLO merakamkan keuntungan sebanyak RM186.8 juta berbanding RM343.3 juta yang dicapai tahun sebelumnya. Penurunan 45 peratus ini disebabkan oleh penyusutan pendapatan R&D dan margin baja yang lebih rendah kerana harga jualan purata serta jumlah jualan yang rendah. Prestasi kewangan R&D dan MLO adalah gambaran kepada keadaan yang mencabar pada 2013. Dalam pasaran yang sangat kompetitif, prestasi R&D dan MLO dijejaskan oleh turun naik harga bahan mentah, harga MSM yang rendah dan tidak menentu, keadaan cuaca yang sukar diramal, peningkatan kadar tarif elektrik dan harga diesel serta kelemahan nilai Ringgit berbanding Dolar AS. Melangkah ke hadapan, R&D dan MLO telah mengenal pasti beberapa hasil dan inisiatif penjimatan untuk mempertingkatkan prestasinya pada tahun kewangan akan datang. Usaha yang lebih besar akan disalurkan ke arahmengembangkan asas pasaran bajanya, menyasarkan kepada syarikat persendirian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perladangan di Malaysia, meningkatkan jualan eksportnya ke negara di rantau ASEAN, menggunakan pendekatan langsung kepada generasi kedua peneroka FELDA dan menggiatkan usaha penjualan kepada syarikat perladangan milik Malaysia yang beroperasi di luar negera. Dalam perkhidmatan pengangkutan, MLO akan memberi fokus terhadap sektor luar yang bernilai tinggi seperti minyak dan gas, pertahanan dan keselamatan, tenaga dan utiliti, automotif dan perkilangan. Antara inisiatif dari segi kos, MLO akan mengukuhkan perkongsian dengan syarikat baja tempatan untuk mencapai skala ekonomi yang lebih besar. Ia juga akan menerokai sumber- sumber bahan mentah yang baharu daripada para pembekal di Timur Tengah, Pakistan dan Vietnam. MLO turut merancang untuk melaksanakan sistem sokongan IT lebih komprehensif yang akan menyumbang kepada langkah pengawalan kos secara keseluruhan. Felda Global Ventures Holdings Berhad 41

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=