FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 427 36 MODAL SAHAM (Samb.) Modal saham dibenarkan Pada 1 Januari 2012, modal saham dibenarkan Syarikat adalah sebanyak RM2,012,500,000, meliputi 2,000,000,000 saham biasa berharga RM1 sesaham dan 1,250,000,000 RCPS serta RCCPS RM0.01 sesaham. Pada 16 Mei 2012, modal sahamdibenarkan Syarikat telah dinaikkan daripada RM2,012,500,000 kepada RM4,000,000,001, meliputi 4,000,000,000 saham biasa RM1 sesaham dan 1 saham khas RM1 sesaham. Pada 17 Mei 2012, modal saham diterbitkan dan di bayar penuh Syarikat telah dinaikkan daripada RM1,767,612,000 kepada RM2,668,151,500, meliputi 2,668,151,500 saham biasa RM1 sesaham dengan menukar 329,949,500 RCPS dan 570,590,000 RCCPS pada nilai nominal RM0.01 sesaham dan premium RM0.99 sesaham, kepada 900,539,500 saham biasa baru RM1.00 sesaham. Pada 26 Jun 2012, sempena Penawaran Awam Awal bagi saham Syarikat, modal terbitan dan berbayarnya telah ditambah daripada RM2,668,151,501 kepada RM3,648,151,501, melalui terbitan awam sebanyak 980,000,000 saham biasa baharu berharga RM1 sesaham. Saham khas Pada 21 Mei 2012, Syarikat menerbitkan satu saham khas RM1.00, yang menghasilkan peningkatan modal saham diterbitkan dan berbayar Syarikat iaitu daripada RM2,668,151,500 kepada RM2,668,151,501. Saham khas ini dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Saham khas yang dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) ini memiliki ciri-ciri berikut: (a) Saham khas boleh dipegang atau dipindahkan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) sahaja atau penggantinya atau mana-mana Menteri, wakil atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia untuk bertindak bagi pihaknya. (b) Pemegang Saham Khas berhak dari masa ke semasa untuk melantik mana-mana Pengarah sedia ada menjadi Pengarah Lantikan Kerajaan supaya tidak terdapat lebih daripada tiga (3) Pengarah Lantikan Kerajaan pada satu-satu masa dan Pengarah Lantikan Kerajaan itu hendaklah memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif dan seorang (1) Pengarah. (c) Pemegang Saham Khas atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Pemegang Saham Khas akan layak menerima notis untuk menghadiri dan bersuara di semua mesyuarat agung atau sebarang mesyuarat bagi sebarang kelas atau pemegang saham Syarikat yang lain, tetapi Saham Khas tidak mempunyai hak untuk mengundi atau sebarang hak lain pada mana-mana mesyuarat. (d) Pemegang Saham Khas boleh, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta, meminta Syarikat menebus Saham Khas pada nilai tara pada sebarang masa dengan mengemukakan notis secara bertulis kepada Syarikat dan menyerahkan sijil saham berkaitan. (e) Dalam pengagihan modal jika berlaku pembubaran Syarikat, pemegang saham Khas berhak mendapat pembayaran balik modal yang dibayar bagi Saham Khas tersebut terlebih mendahulu pembayaran balik modal kepada mana-mana ahli lain. Saham Khas ini tidak akan memberi sebarang hak lain untuk mengambil bahagian dalammodal atau keuntungan Syarikat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=