FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 425 35 ASET DIPEGANG UNTUK DIJUAL DAN LIABILITI YANG BERKAITAN DENGAN ASET YANG DIPEGANG UNTUK DIJUAL (Samb.) Aset dipegang untuk dijual dalam PUP Pada 2 Disember 2013, PUP menerima deposit sebanyak RM24,780,000 sebagai sebahagian daripada pertimbangan pembelian untuk jualan tanah di Kukup, Johor. Pada10 Februari 2014, Kumpulan telah memeterai perjanjian terikat untuk menjual tanah tersebut pada harga RM121.3 juta. Penjualan tersebut adalah tertakluk kepada pencapaian beberapa syarat terdahulu yang telah ditetapkan di dalam perjanjian. Aset dipegang untuk dijual dan liabiliti berkaitan dengan aset dipegang untuk dijual dalam FHB (i) Penamatan Felda Farm Products Sdn. Bhd. Pada 4 April 2013, Lembaga Pengarah anak syarikat Kumpulan, Felda Farm Products Sdn. Bhd. (“FFP”), sebuah anak syarikat FHB, telah meluluskan rancangan untuk menamatkan secara beransur-ansur operasi FFP melalui pelupusan aset kepada pemegang saham penting dan Felda Global Ventures Plantations Sdn. Bhd. (“FGVPM”), anak syarikat milik Syarikat. Berikutan pelupusan sebahagian aset pada bulan Disember 2013, FFP telah menghentikan operasinya. Baki aset dan liabiliti FFPmasing-masing berjumlah RM26,339,000 dan RM4,667,000 dibentangkan dalam penyata kedudukan kewangan sebagai “Aset dipegang untuk dijual” dan “Liabiliti berkaitan aset dipegang untuk dijual”. (ii) Cadangan pelupusan Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd. Kumpulan telah melulusan cadangan untuk keluar daripada perniagaan Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd. (“MCM”), sebuah anak syarikat FHB, dengan pelupusan 100% ekuitinya sebagai pilihan utama. Oleh kerana pelupusannya berkemungkinan tinggi akan berlaku dan nilai bawa yang akan diperoleh semula terutamanya melalui urus niaga jualan, maka aset dan liabiliti MCM dibentangkan dalam penyata kedudukan kewangan sebagai “Aset dipegang untuk dijual” dan “Liabiliti berkaitan dengan aset dipegang untuk dijual”. Butir-butir pada 31 Disember 2013 adalah seperti berikut: 2013 RM’000 Aset Hartanah, loji dan peralatan 11,703 Inventori 24,578 Belum terima 16,677 Cukai akan diperoleh semula 47 Deposit, tunai dan baki bank 4,610 Aset dipegang untuk dijual 57,615 Liabiliti Pinjaman 89,888 Belum bayar 4,912 Derivatif liabiliti kewangan 324 Manfaat persaraan 215 Liabiliti berkaitan dengan aset yang dipegang untuk dijual 95,339
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=