FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 420 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 29 ASET BIOLOGI (Samb.) Nilai buku bersih aset biologi pada tanah tanpa hakmilik ialah sebanyak RM115,180,000 (2012: RM137,888,000). * Termasuk dalam hapus kira ialah aset biologi dihapus kira berikutan tanah dituntut semula oleh FELDA berjumlah RM25,625,000 (Nota 45). Ujian rosot nilai bagi aset biologi – bukan semasa Perubahan andaian penentuan harga dikenal pasti sebagai petunjuk untuk melaksanakan ujian rosot nilai selanjutnya bagi aset biologi yang terjejas di beberapa kawasan ladang sudah ditanam yang diperuntukkan sebelumnya pada tahun 2012 untuk ditanam semula dengan tanaman lain. Jumlah aset biologi boleh diperoleh semula di kawasan terjejas yang telah ditanam terjejas, setiap satu dikenal pasti sebagai CGU individu, ditentu berasaskan kepada pengiraan nilai diguna menggunakan pengiraan aliran tunai didiskaun menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan bajet kewangan yang diluluskan oleh para Pengarah bagi tempoh sehingga perubahan tanaman. Andaian utama digunakan bagi pengiraan nilai diguna adalah seperti berikut: (h) Kadar diskaun sebanyak 11.5%, mencerminkan risiko khusus industri berkaitan dengan perniagaan perladangan yang diselaraskan untuk risiko lain berkaitan kawasan yang telah ditanam, misalnya saiz dan usia. (i) Andaian utama lain yang sama dengan andaian utama digunakan bagi mengira nilai saksama liabiliti LLA (rujuk Nota 45). Berasaskan kepada penilaian yang dijalankan, menggunakan andaian utama, Kumpulan telah mengiktiraf jumlah rosot nilai sebanyak RM663,000 (2012: RM4,316,000) yang direkodkan sebagai kerugian rosot nilai dalam kos jualan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Baki jumlah bawa terus menjadi subjek susut nilai yang dipercepatkan dalam tempoh sehingga tahun dimana terdapat rancangan penanaman semula dengan tanaman lain. 30 ASET KEWANGAN TERSEDIA UNTUK DIJUAL Kumpulan 2013 RM’000 Pada 1 Januari - Pengambilalihan anak-anak syarikat 211,575 Pada 31 Disember 2013 211,575 Aset kewangan tersedia untuk dijual meliputi berikut: Sekuriti ekuiti disebut harga: - Di Malaysia 4,101 Sekuriti ekuiti tidak disebut harga: - Di Malaysia 187,302 Sekuriti unit amanah disebut harga: - Di luar Malaysia 20,172 211,575 Aset kewangan tersedia untuk dijual didenominasi dalammatawang berikut: RM’000 - Ringgit Malaysia 191,403 - Rupee Pakistan 20,172 211,575 Nilai saksama sekuriti tidak disebut harga adalah berasaskan kepada harga purata dengan nisbah buku ekuiti yang sama di pasaran. Tiada aset kewangan ini, telah sama ada, melepasi tempoh belum terima atau telah rosot nilai.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=