FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 400 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 22 PELABURAN DALAM ANAK SYARIKAT (Samb.) (f) Kerugian rosot nilai ke atas pelaburan dalam anak-anak syarikat Pelaburan Kumpulan dalam sebuah anak syarikat, Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (“FGVD”) telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung pada tahun kewangan oleh syarikat-syarikat pelabur yang dipegang oleh FGVD. Penilaian rosot nilai memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula bagi unit penjanaan tunai (“CGU”) yang dimiliki oleh FGVD, berhubung dengan operasi perniagaan asid lelemak di AS, operasi perniagaan minyak makanan bertapis di Kanada dan pelaburan dalam sebuah usahasama Felda Iffco Sdn. Bhd. (“FISB”). Jumlah boleh diperoleh semula telah dikira menggunakan nilai saksama tolak kos untuk menjual, dengan andaian penting yang konsisten dengan andaian penting yang digunakan oleh pengurusan untuk menilai rosot nilai CGU bagi operasi perniagaan asid lelemak di AS, operasi perniagaan minyak makanan bertapis di Kanada seperti yang dinyatakan dalam Nota 21 kepada penyata kewangan dan pelaburan dalam usahasama FISB seperti yang dinyatakan dalam Nota 24 kepada penyata kewangan, selain daripada pelarasan untuk kadar diskaun untuk mencerminkan risiko ekuiti dan aliran tunai yang dinilai berdasarkan keuntungan selepas faedah dan cukai. Hasil daripada penilaian rosot nilai tersebut, Syarikat telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM12,391,000 (2012: RM115,356,000) yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam keuntungan atau kerugian. Berdasarkan analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Syarikat, kesan peningkatan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting, akanmenyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM58,700,000 (2012: RM69,411,000). (g) Ringkasan maklumat kewangan mengenai anak syarikat dengan kepentingan pihak untuk mengawal yang material Dibentangkan di bawah ini adalah ringkasan maklumat kewangan bagi setiap anak syarikat yang mempunyai kepentingan pihak tidak mengawal yang material kepada Kumpulan. Ringkasan penyata kedudukan kewangan Kumpulan MSM Malaysia Felda Palm Industries Holdings Berhad Sdn. Bhd. Pada 31 Disember Pada 31 Disember 2013 2012 2013 2012 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Semasa Aset 1,042,917 1,271,245 2,632,661 - Liabiliti (235,240) (512,072) (2,056,308) - Jumlah aset bersih semasa 807,677 759,173 576,353 - Bukan semasa Assets 1,128,214 1,071,746 1,887,018 - Liabiliti (79,694) (81,773) (129,698) - Jumlah aset bersih bukan semasa 1,048,520 989,973 1,757,320 - Aset bersih 1,856,197 1,749,146 2,333,673 -
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=