FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 394 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 22 PELABURAN DALAM ANAK SYARIKAT (Samb.) (b) Perbadanan dan pengambilalihan anak syarikat (Samb.) (ii) Kesan pengambilalihan FHB adalah seperti berikut: (Samb.) Keuntungan daripada pengukuran semula nilai saksama kepentingan sedia ada dalam FHB adalah seperti berikut: RM’000 Nilai saksama 49% kepentingan ekuiti dalam FHB 2,113,958 Tolak: Nilai bawaan kepentingan ekuiti (1,867,356) Tambah: Bahagian rizab lain FHB 16,678 Keuntungan daripada pengukuran semula nilai saksama 263,280 Muhibah negatif daripada pengambilalihan adalah seperti berikut: RM’000 Pertimbangan bayaran bagi 51% kepentingan ekuiti 2,200,000 Nilai saksama 49% kepentingan ekuiti sedia ada 2,113,958 4,313,958 Nilai saksama sementara aset bersih diambilalih (4,379,008) Muhibah negatif (65,050) Kumpulan mengiktiraf kepentingan pihak mengawal bukan semasa dalam FHB pada nisbah kepentingan pihak tidak mengawal daripada jumlah aset bersih diiktiraf yang boleh dikenal pasti di FHB. Sebelum pengambilalihan diselesaikan pada 27 Disember 2013, keputusan kewangan FHB diakaunkan secara ekuiti sebagai bahagian keputusan syarikat bersekutu dalam penyata pendapatan komprehensif. Kesan keputusan selepas pengambilalihan terhadap penyata pendapatan komprehensif adalah tidak material kepada keputusan Kumpulan bagi tahun kewangan 31 Disember 2013. Berdasarkan kepada FRS 3 “Gabungan Perniagaan” Kumpulan mempunyai tempoh selama satu tahun dari tarikh pengambilalihan untuk menyelesaikan peruntukan harga pembelian (“PPA”) dan telah memilih opsyen ini. Tiada liabiliti luar jangka diiktiraf kerana kes perundangan diiktiraf sebagai terpencil dan terdapat tanggungan kerugian selama 5 tahun secara nisbah disediakan oleh penjual sebagai sebahagian daripada pengambilalihan FHB.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=