FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 391 22 PELABURAN DALAM ANAK SYARIKAT (Samb.) (a) Butir-butir mengenai anak syarikat adalah seperti berikut: (Samb.) Semua aktiviti yang dilaksanakan oleh anak-anak syarikat akan dimasukkan di dalam penyatuan. Bahagian hak mengundi dalam anak perjanjian anak syarikat dipegang secara langsung oleh syarikat induk tidak berbeza daripada bahagian saham biasa yang dipegang. * Tidak diaudit oleh PricewaterhouseCoopers, Malaysia atau syarikat sekutunya # Diaudit oleh syarikat sekutu PricewaterhouseCoopers, Malaysia @ 30% kepentingan ekuiti dalam Sabahanya Plantations Sdn. Bhd. dipegang sebagai amanah oleh Vincent Kerosah untuk kepentingan benefisial Kumpulan. (b) Perbadanan dan pengambilalihan anak syarikat ^ Pada 17 April 2013, Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (“FGVD”), anak syarikat kepada Syarikat, telah memperbadankan sebuah anak syarikat milik penuh dikenali sebagai FGV Biotechnologies Sdn. Bhd. (“FGV Bio”) di Malaysia dengan modal berbayar permulaan sebanyak RM2.00. α Pada 13 Mei 2013, Syarikat telah memperbadankan sebuah anak syarikat milik penuh dikenali sebagai Felda Global Ventures Capital Sdn. Bhd. (“FGV Capital”) di Malaysia dengan modal berbayar permulaan sebanyak RM2.00. β Pada 23 Mei 2013, Syarikat telah memperbadankan sebuah anak syarikat milik penuh dikenali sebagai FGV Investment (L) Pte Ltd (“FGV Investment”) di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia dengan modal berbayar diterbitkan sebanyak USD1.00. µ Pada 28 Mei 2013, FGV Investment telah memperbadankan sebuah anak syarikat milik penuh dikenali sebagai FGV Myanmar (L) Pte Ltd (“FGV Myanmar”) di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia dengan modal berbayar diterbitkan sebanyak USD1.00. Pada 20 September 2013, Syarikat memperoleh kawalan dalam Pontian United Plantations Berhad (“PUP”), syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti telah diselesaikan pada 1 Oktober 2013 dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1,203,840,576. Rujuk kepada Nota b(i) berhubung kesan pengambilalihan PUP. ♠ Pada 18 November 2013, Syarikat telah memeterai perjanjian dengan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (“KPF”) untuk mengambilalih 112,199,999 saham dalam syarikat bersekutunya, Felda Holdings Bhd. (“FHB”) yang merupakan baki 51% kepentingan ekuiti dalam FHB daripada KPF dengan pertimbangan pembelian berjumlah RM2,200,000,000. Pengambilalihan ini telah diselesaikan pada 27 Disember 2013. Rujuk kepada Nota b(ii) berhubung kesan pengambilalihan FHB. √ Pada 16 Disember 2013, FGVD telahmemeterai Perjanjian Jual Beli (“SPA”) dengan para pemegang sahamCambridge Nanosystems Limited (“CNL”) untuk mengambilalih 70% kepentingan ekuiti dalam CNL untuk jumlah pertimbangan sebanyak GBP 10.0 juta (RM54.13 juta). Pada 31 Disember 2013, Kumpulan telah membayar GBP4 (RM22) dan memperoleh kawalan ke atas CNL. Rujuk kepada Nota (d) untuk butir-butir lanjut. (i) Kesan pengambilalihan PUP adalah seperti berikut: Nilai bawaan Nilai saksama RM’000 RM’000 Hartanah, loji dan peralatan 147,721 766,625 Kepentingan dalam syarikat-syarikat bersekutu 12,345 46,075 Aset biologi 58,498 453,042 Inventori 5,874 5,874 Belum terima 6,305 6,305 Cukai diperoleh semula 4,196 4,196 Jumlah belum terima daripada syarikat-syarikat bersekutu 4,270 4,270 Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian 7,769 7,19 Tunai dan kesetaraan tunai 205,895 205,895 Belum bayar (23,578) (23,578) Liabiliti cukai tertunda (20,661) (209,113) Jumlah aset bersih diambilalih 408,634 1,266,790 Kepentingan pihak tidak mengawal (21,137) (190,187) 387,497 1,076,603
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=