FGV Annual Report 2013

Jumlah pengeluaran gula halus meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada 938,203 tan,mewakili 57 peratus daripada pengeluarankeseluruhangula pasir Malaysia. Jumlah jualan meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 952,740 tan, di mana 76.6 peratus dijual di dalam negara, sementara selebihnya dieksport terutamanya ke rantau Asia Pasifik. Pertumbuhan eksport MSM disokong oleh beberapa pensijilan kualiti yang diperoleh daripada badan-badan diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti SIRIM dan ISO. Pada tahun 2013, MSM telah diberi FSSC : 2200 (Pensijilan Sistem Keselamatan Makanan) sebagai sebuah jaminan yang diterima di seluruh dunia bahawa piawaian keselamatan makanan antarabangsa dipatuhi dalam proses pengeluaran. Untuk mewujudkan asas yang merintis fasa pertumbuhan baharu, RM85 juta telah diperuntukan bagi melaksanakan pelbagai projek peningkatan infrastruktur dan kemudahan. Keupayaan pengeluaran kilang penapisannya di Prai, Pulau Pinang telah dipertingkatkan kepada 87 peratus, sementara kilang di Chuping, Perlis pula kepada 95 peratus. Ini membolehkan kapasiti pengeluaran tahunan kedua-dua kilang ini meningkat kepada 1.2 juta tan menjelang akhir tahun 2014, menjadikan Kumpulan salah sebuah daripada pembekal gula halus lima teratas di Asia. Inisiatif penambahbaikan lain yang dilaksanakan termasuk menaik taraf pelbagai proses dan peluasan pelbagai kemudahan serta rasionalisasi saluran pengedaran MSM. Inisiatif Perancangan Sumber Perniagaan (ERP) juga dilancarkan pada tahun 2013 untuk mempertingkatkan pengurusan sumber dan melengkapkan sumber manusia kami dengan kemahiran teknikal dan pengurusan berkaitan yang diperlukan bagi melonjakkan perniagaan ini ke tahap seterusnya. Selain pertumbuhan organik, MSM sedang merancang satu program pengambilalihan, penggabungan dan usahasama strategik secara agresif untuk mengembangkan perniagaannya. Berteraskan kedudukannya yang teguh dalam perniagaan penapisan gula dan mengeksploitasi sinergi milik Kumpulan FGV, MSM merancang untuk meluaskan perniagaannya untuk meliputi seluruh rantaian bekalan. Di peringkat huluan, satu kajian daya laksana telah dijalankan bagi menentukan daya maju bagi mewujudkan perladangan tebu di rantau ASEAN, terutamanya di Myanmar di mana margin adalah lebih tinggi. Kami juga sedang meninjau beberapa pilihan lain untuk meluaskan operasi hiliran yang ada menerusi pengambilalihan atau usahasama dengan pengeluar gula luar negara di ASEAN dan juga di Brazil. Sebagai langkah ke depan, prospek bagi Kelompok Gula kekal cerah. Permintaan global bakal berkembang antara 25 peratus hingga 27 peratus sepanjang tempoh lima tahun akan datang, didorong oleh peningkatan penggunaan di Afrika dan Asia. Felda Global Ventures Holdings Berhad 37

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=