FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 382 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 21 ASET TIDAK NYATA (Samb.) (a) Ujian rosot nilai bagi muhibahl (Samb.) (i) Operasi perniagaan gula di Seberang Prai, Malaysia (Samb.) Andaian utama bagi pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual bagi CGU adalah: 2013 2012 Margin kasar 18%-19% 20%-22% Kadar pertumbuhan nilai terminal 1% 2% Kadar diskaun 10% 9% (i) Margin kasar Asas yang digunakan untuk menentukan nilai yang diperuntukkan kepada margin kasar yang dibajet adalah purata margin kasar yang dicapai pada tahun sebaik sahaja sebelum bajet tahun kewangan yang diperuntukkan, dilaraskan mengikut keadaan pasaran dan ekonomi, yang meliputi jangkaan harga gula mentah di bawah kontrak jangka panjang, subsidi yang diterima daripada Kerajaan Malaysia di lokasi tertentu dan jangkaan peningkatan kecekapan. (ii) Kadar pertumbuhan nilai terminal Kadar pertumbuhan terminal digunakan adalah berdasarkan kadar pertumbuhan jangka panjang dalam industri gula di Malaysia. (iii) Kadar diskaun Kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan sebelum cukai, mencerminkan risiko-risiko industri tertentu berkaitan dengan perniagaan gula. Pihak Pengurusan percaya bahawa tidak ada perubahan berlaku dalam mana-mana andaian utama di atas yang boleh menyebabkan jumlah bawaan CGU melebihi jumlah boleh diperoleh semula. (ii) Estet perladangan diLahad Datu, Sabah Muhibah yang timbul daripada gabungan perniagaan dengan Pontian United Plantations Berhad (“PUP”) merupakan manfaat ekonomi daripada sinergi antara ladang-ladang PUP dan kilang dan loji penapisan Kumpulan di Lahad Datu, Sabah. Kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dari segi peningkatan pengilangan dan penapisan, penjimatan kos pengangkutan dan tenaga kerja dan pertukaran pengurusan bagi kedua-dua pihak. Oleh itu, muhibah telah diperuntukkan kepada CGU perladangan Malaysia dan diuji sebagai satu unit penjanaan tunai. Jumlah boleh diperoleh semula CGU ditentu menggunakan pengiraan aliran tunai didiskaun dengan menggunakan unjuran aliran tunai berasaskan bajet kewangan yang diluluskan oleh para Pengarah. Andaian utama tersebut adalah seperti berikut: (i) Harga MSM RM2,450/MT hingga RM2,600/MT (ii) Harga BTS RM488/MT hingga RM524/MT (iii) Kos tetap penanaman Matang – RM3,270 setiap hektar berasaskan kepada kitaran 25 tahun bagi kelapa sawit. semula estet Tidak matang – RM9,414 (setiap hektar berasaskan kepada kitaran 25 tahun bagi kelapa sawit) (iv) Kadar pertumbuhan nilai Kadar pertumbuhan terminal digunakan sebanyak 2.4% berasaskan kepada kadar terminal pertumbuhan jangka panjang dalam industri kelapa sawit di Malaysia. (v) Kadar diskaun Kadar diskaun digunakan sebanyak 9.47% menggambarkan risiko industri yang khusus berkaitan dengan perniagaan kelapa sawit, berasaskan sebelum cukai. Pihak Pengurusan percaya bahawa tidak ada perubahan berlaku dalam mana-mana andaian utama di atas yang boleh menyebabkan jumlah bawaan CGU melebihi jumlah boleh diperoleh semula.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=