FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 380 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 20 PELABURAN HARTANAH (SAMB.) Pada 31 Disember 2013, nilai bawaan pelaburan hartanah tanpa taraf hak milik adalah RM8,330,000 (2012: RM tiada). Nilai saksama pelaburan hartanah di atas pada 31 Disember 2013 dianggarkan berjumlah RM129,628,000 (2012: RM44,730,000) berdasarkan kepada penilaian bebas yang dijalankan oleh jurunilai profesional berdaftar menggunakan kaedah perbandingan dengan merujuk kepada urus niaga semasa melibatkan hartanah lain yang sama di kawasan berhampiran. Penilaian adalah anggaran nilai saksama tahap 2. Tiada pendapatan sewa dan perbelanjaan langsung yang diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian pada tahun kewangan (2012: tiada). (a) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 (i) Melalui anugerah pampasan bertulis bertarikh 31 Disember 2013, Kerajaan Negeri Perlis bersetuju untuk membayar sebanyak RM43.04 juta sebagai pampasan bagi pengambilalihan wajib ke atas Lot 194 Mukim Chuping, Perlis daripada sebuah anak syarikat milik Syarikat. Hasilnya, keuntungan daripada pelupusan berjumlah RM4,508,000 diiktiraf. (ii) Pada 31 Disember 2013, nilai saksama tanah pegangan pajakan berjumlah RM1,622,000 dirosot nilai sepenuhnya berdasarkan kepada saiz kawasan tanah, kekangan penggunaan dan kemungkinan pihak lain boleh mengkomersialkan hartanah tersebut. (b) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 Berikutan penamatan kegiatan penanaman tebu di sebuah anak syarikat, tanah pegangan pajakan telah diklasifikasikan semula kepada pelaburan hartanah kerana kini Pengarah berhasrat untuk memegangnya bagi peningkatan modal. 21 ASET TIDAK NYATA Aset tidak Teknologi Perjanjian Hubungan Nama nyata dalam Muhibah Jenama lengkap pajakan pelanggan dagangan Perisian pembangunan Jumlah Kumpulan RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Nilai buku bersih 2013 Pada 1 Januari2013 576,240 76,355 1,487 2,303 19,200 - 5,749 25,765 707,099 Pengambilalihan anak-anak syarikat (Nota22) 127,238 - - - - - 42,989 - 170,227 Tambahan - - - - - - 6,223 2,141 8,364 Caj pelunasan - (3,226) (421) (193) (5,443) - (1,781) - (11,064) Perbezaan terjemahan matawang - - 105 164 1,366 - - - 1,635 Pada 31 Disember 2013 703,478 73,129 1,171 2,274 15,123 - 53,180 27,906 876,261 2012 Pada 1 Januari 2012 576,240 79,581 1,683 2,574 1,087 1,521 - - 662,686 Pengambilalihan anak-anak syarikat (Nota22) - - - - - - - 15,837 15,837 Tambahan - - - - - - 6,217 9,928 16,145 Pembalikan rosot nilai - - 258 - 23,387 233 - - 23,878 Caj pelunasaan - (3,226) (396) (182) (5,116) (1,710) (468) - (11,098) Perbezaan terjemahan matawang - (58) (89) (158) (44) - - (349) Pada 31 Disember 2012 576,240 76,355 1,487 2,303 19,200 - 5,749 25,765 707,099 Jangkaan baki hayat berguna (tahun) - Pada 31 Disember 2013 17 4 13 4 - 3-5 - Pada 31 Disember 2012 18 5 14 5 1 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=