FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 357 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (Samb.) (a) Dasar-dasar pengurusan risiko kewangan (Samb.) Risiko kecairan Risiko kecairan adalah risiko bahawa Kumpulan akan menghadapi masalah dalam memenuhi obligasinya disebabkan kekurangan dana. Kumpulan mengekalkan tahap tunai dan kesetaraan tunai yang mencukupi untuk memenuhi keperluan modal kerja Kumpulan dengan memantau aliran tunainya secara teliti. Jenis perniagaan yang dijalankan mendorong Kumpulan menerima pakai pengurusan risiko kecairan yang berhemat bagi mengekal dan mendapatkan kemudahan kredit yang mencukupi daripada institusi kewangan. Ramalan aliran tunai dilakukan dalam entiti-entiti operasi Kumpulan dan dikumpulkan oleh pengurusan. Pengurusan memantau ramalan keperluan kecairan Kumpulan bagi memastikan ia mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi keperluan operasi di samping mengekalkan ruang yang mencukupi bagi kemudahan pinjaman yang belum digunakan pada setiap masa supaya Kumpulan tidak melebihi had pinjaman atau perjanjian (jika berkenaan) daripada sebarang kemudahan pinjamannya. Ramalan sedemikian mengambilkira pelan pembiayaan hutang Kumpulan, pematuhan perjanjian, pematuhan kepada penyata dalaman mengenai sasaran nisbah kedudukan kewangan dan, jika wajar, keperluan peraturan atau undang-undang luar – contohnya sekatan matawang. Lebihan tunai yang dipegang oleh entiti-entiti operasi yang melebihi baki yang diperlukan untuk pengurusan modal kerja dipindahkan kepada perbendaharaan Kumpulan. Lebihan tunai dilaburkan ke dalam akaun semasa yang menjana keuntungan, deposit masa, deposit pasaran wang dan sekuriti boleh pasar, dengan memilih instrumen dengan tempoh matang yang sesuai atau kecairan tunai yang mencukupi bagi menyediakan ruang yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan dalam ramalan di atas. Jadual di bawah menganalisis liabiliti kewangan bukan derivatif Kumpulan dan liabiliti kewangan derivatif selepas penjelasan ke dalam kumpulan kematangan berasaskan kepada baki tempoh matang pada tarikh laporan sehingga tarikh matang kontrak. Liabiliti kewangan derivatif dimasukkan ke dalam analisis jika tempoh matang kontraknya adalah penting bagi memahami perjalanan masa aliran tunai. Jadual di bawah meringkaskan profil kematangan liabiliti kewangan Kumpulan dan Syarikat berasaskan kepada baki tempoh matang pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Jumlah yang dinyatakan dalam jadual ini adalah berasaskan kepada kontrak aliran tunai tidak didiskaun. Kurang Antara1 Antara 2 dari hingga hingga Lebih 1 tahun 2 tahun 5 tahun 5 tahun Jumlah Kumpulan RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Pada 31 Disember 2013 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 343,916 333,236 935,628 1,908,881 3,521,661 Liabiliti LLA 385,767 366,844 1,130,085 96,115,434 97,998,130 Jumlah belum terima kepada pemegang saham penting 386,921 - - - 386,921 Jumlah belum terima kepada syarikat-syarikat usahasama 23,000 - - - 23,000 Jumlah belum terima kepada syarikat-syarikat berkaitan lain 4,723 - - - 4,723 Liabiliti kewangan derivatif 1,120,132 - - - 1,120,132 Pinjaman 1,638,109 1,665 4,995 4,899 1,649,668 Belum bayar 1,349,184 - - - 1,349,184 Jumlah liabiliti kewangan tidak didiskaun 5,251,752 701,745 2,070,708 98,029,214 106,053,419 Pada 31 Disember 2012 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 297,694 359,607 780,738 797,615 2,235,654 Liabiliti LLA 496,938 489,467 1,441,288 114,470,458 116,898,151 Jumlah belum terima kepada syarikat bersekutu 69,510 - - - 69,510 Jumlah belum bayar kepada pemegang saham penting 93,826 - - - 93,826 Jumlah belum terima kepada syarikat-syarikat berkaitan lain 755,023 - - - 755,023 Liabiliti kewangan derivatif 106,680 - - - 106,680 Pinjaman 599,410 255 254 - 599,919 Belum bayar 348,688 - - - 348,688 Jumlah liabiliti kewangan tidak didiskaun 2,767,769 849,329 2,222,280 115,268,073 121,107,451
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=