FGV Annual Report 2013
Pada tahun yang ditinjau, kerugian yang ditanggung oleh kelompok hiliran susut lagi kepada RM42.6 juta disebabkan terutamanya oleh margin yang rendah dicapai oleh minyak isirung sawit bertapis, luntur dan nyahbau serta kerugian dalam operasi penghancuran kacang soya dan kanola di Kanada. Penapis minyak sayuran tempatan Kumpulan pula merekodkan prestasi yang bertambah baik berbanding pada tahun sebelumnya. Iamengeluarkanmargin operasi sebanyak RM87 setiap tan metrik, walaupun ia masih menanggung margin negatif bersih sebanyak RM25 setiap tan metrik, namun jumlah jualan lebih tinggi sebanyak 1.39 juta tan metrik dicapai dengan memanfaatkan harga MSM yang rendah bagi mempertingkatkan eksport. Perniagaan asid lelemak mencatatkan pengurangan keuntungan sebanyak RM44.6 juta disebabkan oleh kemerosotan jumlah jualan yang bermusim dan pengurangan inventori hujung tahun. Operasi penghancuran dan penapisan kacang soya serta kanola di Kanada mencatatkan kerugian sebanyak RM101.89 juta disebabkan oleh yuran pengetolan yang rendah daripada Bunge ETGO, sebuah syarikat usahasama antara TRT-ETGO milik Kumpulan dan Bunge Limited. Operasi kami di Kanada juga mendapat impak yang teruk daripada cuaca dingin yang melampau di Amerika Utara pada bulan Disember 2013 yang mengakibatkan pembatalan sebuah kontrak penghantaran. Penamatan usahasama kami dengan Bunge ETGO mulai 1 September 2013, menyebabkan TRT-ETGOmemperoleh hasil daripada operasi komersial perniagaan tersebut dan bukan lagi daripada yuran pengetolan. Pada tahun ini, Kumpulan meneruskan usaha mempertingkatkan keupayaan dan perniagaan hilirannya sebagai satu langkah strategik untuk melonjakkan nilai produk huluannya. Kami sentiasa mencari perniagaan tambah nilai yang akan menyokong pertumbuhan masa depan Kumpulan. Justeru, pada 9 Oktober 2013, Kumpulan telah mengambilalih aset Mission Biotechnologies Sdn Bhd yang meliputi kilang penapisan biodiesel 100,000 tan metrik setahun, di Kuantan, Pahang. Dalam sebuah lagi usahasama, iaitu dengan Lipid Venture Sdn Bhd, sebuah kilang akan didirikan di Kuantan untuk mengeluarkan tokotrienol(VitaminE)daripadaminyaksawitlunturbertapis.Usahaniaga ini dijadual akan memulakan operasi menjelang penghujung tahun 2015. Kumpulan juga telah berganding bahu dengan Cambridge Nanosystems Limited (CNL) yang berpangkalan di United Kingdom untuk merintis dan mengeluar Tiub Nano Karbon (CNT) dan Grafin Bergred Tinggi daripada produk sampingan minyak sawit mentah dan hidro karbon lain. CNT dan Grafin berpotensi untuk digunakan sebagai kabel komunikasi generasi akan datang, antara lain untuk digunakan dalam industri penerbangan, minyak dan gas, elektrik dan tenaga nuklear. Permuafakatan ini menggambarkan satu langkah penting dalam usaha berterusan Kumpulan untuk mempelbagai ke dalam produk bukan makanan dan bernilai tinggi. Kumpulan juga mempunyai rancangan untuk mewujudkan kehadiran yang lebih besar di Kemboja, bukan sahaja di sektor huluan, malah hiliran dalam industri perladangan. Kami telah membuka sebuah pejabat operasi di PhnomPenh berikutan perjanjian yang ditandatangani dengan seorang rakan kongsi bagi memasarkan rangkaian 50 produk berkualiti yang dikeluarkan oleh anak syarikat kami, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP). Kami bertekad untuk menguasai 30 peratus pasaran Kemboja dalam tempoh tiga tahun akan datang. DOP sudah menjadi sebuah jenama isi rumah di Malaysia dan produknya diedarkan secara meluas di Mynmar, Kemboja, Filipina, Laos dan Vietnam. Strategi pemasarannya memfokus kepada usaha membangunkan produk yang mempunyai margin lebih tinggi dan pada tahun ini, ia telah meluaskan tawaran produknya dengan pelancaran item bukan makanan yang baharu seperti sabun mandi dan krimmandian. Felda Global Ventures Holdings Berhad 33
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=