FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 316 LAPORAN PARA PENGARAH Para Pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan tahunan mereka kepada ahli-ahli, bersama dengan penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. KEGIATAN UTAMA Syarikat secara asasnya merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan pelaburan utama dalam perladangan kelapa sawit dan pelbagai kegiatan hiliran yang berkaitan, penapisan gula, perkilangan, logistik dan lain-lain. Kegiatan utama anak-anak syarikat dinyatakan dalam Nota 22 penyata kewangan. Tiada sebarang perubahan berlaku dalamkegiatan Kumpulan dan Syarikat sepanjang tahun kewangan ini selain daripada yang dinyatakan dalamNota 56 kepada penyata kewangan. KEPUTUSAN KEWANGAN Kumpulan Syarikat RM’000 RM’000 ──────── ──────── Keuntungan boleh diagihkan kepada pemilik Syarikat 982,251 611,351 Kepentingan pihak tidak mengawal 126,047 - ──────── ──────── Keuntungan bagi tahun kewangan 1,108,298 611,351 ──────── ──────── DIVIDEN Dividen ke atas saham biasa berbayar atau diisytihar oleh Syarikat sejak 31 Disember 2012 adalah seperti berikut: RM’000 ──────── ──────── Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012: - Dividen akhir peringkat pertama sebanyak 8.5 sen sesaham, dibayar pada 12 Julai 2013 310,093 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013: - Dividen interim peringkat pertama sebanyak 6.0 sen sesaham, dibayar pada 27 Disember 2013 218,889 ──────── ──────── Jumlah 528,982 ──────── ──────── Lembaga Pengarah mencadangkan pembayaran dividen akhir peringkat pertama sebanyak 10.0 sen sesaham berjumlah RM364.8 juta yang tidak dikenakan cukai dalam tangan pemegang saham sejajar dengan perenggan 12B Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan, 1967, yang tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang. RIZAB DAN PERUNTUKAN Semua pemindahan yang penting kepada atau daripada rizab dan peruntukan semasa tahun kewangan telah dinyatakan dalam penyata kewangan. PARA PENGARAH Para Pengarah yang telah memegang jawatan sejak tarikh laporan terakhir adalah seperti berikut: Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad (Pengerusi) Mohd Emir Mavani Abdullah Datuk Dr. Omar Salim Dato’ Yahaya Abd Jabar Dato’ Paduka Ismee Ismail

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=